Friday, March 26, 2010

Seminggu Berlalu....

Alhamdulillah....

Dengan berkat dan izinnya... status aku telah bertukar menjadi tunangan orang... tanggungjawab sudah lebih huhu.... dah tak boleh nak fikir diri sendiri... kena fokus untuk kehidupan yang seterusnya.....

Lepas majlis tunang... seminggu aku berkampung kat opis nie.... alhamdulillah, ianya dah kembali ke track asal pentadbiran dan operasi cawangan aku.....

Bagaimanapun.... ada beberapa perkara lagik yang perlu diselesaikan.... Insyallah, satu persatu akan ku selesaikan.... selagi aku mempunyai kudrat dan hati yang besar... akan aku hadapinya dengan sebaik-baik mungkin....

Salam...

Monday, March 22, 2010

Kau Kehormatanku

Gadisku---- Siti Haminah Binti Muhamad Asrol Chan

Terima Kasih Sayang.........

Pertunangan - 19 Mac 2010


Terima kasih.... Dengan berkat KeredhaanNYA... Ikatan Cinta kita telah diikhtiraf pada 19 Mac 2010.... Alhamdulillah, Majlis Kunci kepada Ikatan Perkahwinan kita berjalan lancar dan kedua-dua pihak keluarga berpuas hati.... Sekarang masa untuk kita merealisasikan kehidupan bersama-sama seperti harapan syg abg... "Kehidupan Dengan Abang"... Love u a lot...

Gadis Ku.............

Lakaran Pensil oleh Kakak Angkat - Roselily Sabtu.







Friday, March 19, 2010

(Everything I Do) I Do It For You

Love u sayang................

You're my everything

You're my everything..... Kau lah segala-segalanya......

Terima Kasih Cinta

Terima Kasih Sayang... terima kasih sayang kerna puas hati dengan hubungan ini.... terima kasih sayang kerna sudi menerima abg...terima kasih sayang kerna mengikhtiraf hubungan ini... terima kasih sayang kerna menyayangi dan menyintai abg... terima kasih sayang kerna membenarkan abg hadir dalam keluarga sayang... Terima kasih semuanya... Love u a lot.....

Wednesday, March 17, 2010

Erti Pertunangan....

Pertunangan….

Secara ringkas sahaja yer…..

Pertunangan adalah sesuatu perkara adat dalam memberi tanda bahawa sepasang lelaki dan perempuan itu telah diiktiraf perhubungan mereka oleh keluarga masing-masing berdasarkan perhubungan yang dibina oleh lelaki dan perempuan itu atas rasa Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab dan Simpati sebelum ini. Bukannya membenarkan ikatan itu melangkau erti perkahwinan tetapi adalah asas dalam pembentukan persefahaman dalam erti perkahwinan yang bakal dilayari…

Antara tempoh bertunang sebelum ikatan perkahwinan adalah lambang pembentukan maruah dalam mempertahankan sesuatu hak. Ujian dan cabaran pasti ada yang tidak boleh kita elakkan. Setiap perkara perlu diselesaikan dengan hati-hati dengan hati yang besar serta sikap rasional yang tinggi..

Keputusan untuk mengikat tali pertunangan adalah satu keputusan bersama bukan keputusan individu dalam perhubungan itu. Ianya mestilah lahir daripada rasa kepercayaan dan cinta yang abadi pada pasangan kita itu bukannya kerna rasa terpaksa atau untuk tidak melukakan hati seseorng.. Tidak guna kita mengorbankan diri dan perasaan kita hanya kerna itu kerna sesorng itu boleh mengetahui apa yg kita mahukan dan sesungguhnya perkara itu akan lebih melukakan hati dan perasaan sesorng itu apabila ianya tidak menjadi seperti apa yg kita rancangkan setelah ikatan pertunangan itu terjalin…

Bukan mudah sesorng itu mengambil tanggungjawab untuk menerima ikatan pertunangan.. ianya diambil setelah menilai setiap aspek yang ada dalam hubungan yang dibina sebelum itu.. selalunya salah seorang pasangan akan menyatakan hasrat hatinya untuk lebih bertanggungjawab dalam perhubungan yang ada sebelum ini dan seorang lagi akan menerima atas dasar rasa yang sama kerna percaya kepada perhubungannya itu… tetapi jika disebaliknya, orng yang menerima haruslah menjalankan tanggungjawab dan peranannya untuk menidakkan ikatan ini daripada terus berlaku agar semua pihak terutama keluarga tidak terluka dengan apa yang berlaku… kerna masa itu masih ada….

Jika keputusan pertunangan ini sememangnya diambil dengan keikhlasan sepenuh hati, layarinya dengan penuh tanggungjawab dan menjagai maruah kedua2 pihak dan keluarga… setiap permasalahan yang timbul dalam tempoh ini anggaplah sebagai cabaran untuk diselesaikan dengan sebaik mungkin kerna itu adalah ujian untuk ikatan perkahwinan yang akan dilayari… Sesungguhnya setiap perkara itu ada penyelesaian…

Sesungguhnya pertunangan itu adalah kunci kepada alam perkahwinan, pengiktirafan kepada perhubungan yang dibina…..

Salam….

Sebuah Tingkap

Tentang TAHU........

AKU TAHU, KAU PUN TAHU
AKU TAHU, KAU TIDAK TAHU
AKU TIDAK TAHU, KAU TAHU
AKU TIDAK TAHU, KAU PUN TIDAK TAHU......


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...........

adalah lebih mudah kita memberitahu dan menjadi vokal pada sesuatu perkara yang menyebabkan kita merasakan serba salah atau tidak tahu apa yang perlu kita lakukan... mungkin pada orng yg kita beritahu itu akan menjadi pemudah cara kepada kita dalam menyelesaikannya.......


Salam........

Tuesday, March 16, 2010

Kuala Lumpur Trip 12hb - 15hb

Tiada perkara yang paling menyeronokkan minggu lepas apabila berpeluang bercuti bersama-sama family mama sambil menghadiri jemputan kahwin di Banting dan ronda2 Bandaraya Kuala Lumpur serta Putrajaya... Very happening dan menyeronokkan apabila melihat perangai adik2 tersayang dan mengetahui rahsia mereka daripada mama hehe termasuklah si Dia tu hahaha :).... Gambar2 percutian ini akan aku upload bila ada kesempatan...

Dan yang paling best... Ilmu "Pemikiran Bawah Sedar" aku kembali semula hehehe, tak sia2 "Tok Guru" aku turun kat Banting ari tu hehe... tak leh tahan aku nak tergelak melihat mereka2 yang cuba cover line hahaha dgn eksperasi muka dan tubuh badan yg leh buat senang terkantoi :D... takpe, no hard feeling pun... setiap perkara ada sebab dan munasabnya mengapa ianya berlaku kan kan.... dan kadang-kala kita ter'paksa'... tak per lah.... hati ini besar tapi aku juga mengharapkan utk mendengar perkataan MAAF, besar maknanya tu :)

dan hari2 seterusnya minggu ini pulak... 2 ujian besar akan aku tempuhi... dua hari berturut2 lak tu... 18hb dan 19hb... sama ada aku dapat harungi atau tidak, lulus atau tidak... aku serah pada Allah SWT... aku telah berusaha sebaik2 mgkin untuk menyediakan persiapan yang sepatutnya... jika ianya lain seperti apa yang dirancang, aku redha dan kehidupan perlu diteruskan dan tak salah kita berundur untuk menilai semula keadaan... ambilnya sebagai pengajaran dan pengalaman serta lakukan pembetulan... Seperti pesan sesorng yang hampir dengan jiwa aku "dah lama sgt kau hanya nak membahagiakan orang lain, tapi kau terlupa tentang kebahagian diri kau sendiri... then it's the time to be sellfish... do what u think is the best" ....

Salam.....