Pertunangan….
Secara ringkas sahaja yer…..
Pertunangan adalah sesuatu perkara adat dalam memberi tanda bahawa sepasang lelaki dan perempuan itu telah diiktiraf perhubungan mereka oleh keluarga masing-masing berdasarkan perhubungan yang dibina oleh lelaki dan perempuan itu atas rasa Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab dan Simpati sebelum ini. Bukannya membenarkan ikatan itu melangkau erti perkahwinan tetapi adalah asas dalam pembentukan persefahaman dalam erti perkahwinan yang bakal dilayari…
Antara tempoh bertunang sebelum ikatan perkahwinan adalah lambang pembentukan maruah dalam mempertahankan sesuatu hak. Ujian dan cabaran pasti ada yang tidak boleh kita elakkan. Setiap perkara perlu diselesaikan dengan hati-hati dengan hati yang besar serta sikap rasional yang tinggi..
Keputusan untuk mengikat tali pertunangan adalah satu keputusan bersama bukan keputusan individu dalam perhubungan itu. Ianya mestilah lahir daripada rasa kepercayaan dan cinta yang abadi pada pasangan kita itu bukannya kerna rasa terpaksa atau untuk tidak melukakan hati seseorng.. Tidak guna kita mengorbankan diri dan perasaan kita hanya kerna itu kerna sesorng itu boleh mengetahui apa yg kita mahukan dan sesungguhnya perkara itu akan lebih melukakan hati dan perasaan sesorng itu apabila ianya tidak menjadi seperti apa yg kita rancangkan setelah ikatan pertunangan itu terjalin…
Bukan mudah sesorng itu mengambil tanggungjawab untuk menerima ikatan pertunangan.. ianya diambil setelah menilai setiap aspek yang ada dalam hubungan yang dibina sebelum itu.. selalunya salah seorang pasangan akan menyatakan hasrat hatinya untuk lebih bertanggungjawab dalam perhubungan yang ada sebelum ini dan seorang lagi akan menerima atas dasar rasa yang sama kerna percaya kepada perhubungannya itu… tetapi jika disebaliknya, orng yang menerima haruslah menjalankan tanggungjawab dan peranannya untuk menidakkan ikatan ini daripada terus berlaku agar semua pihak terutama keluarga tidak terluka dengan apa yang berlaku… kerna masa itu masih ada….
Jika keputusan pertunangan ini sememangnya diambil dengan keikhlasan sepenuh hati, layarinya dengan penuh tanggungjawab dan menjagai maruah kedua2 pihak dan keluarga… setiap permasalahan yang timbul dalam tempoh ini anggaplah sebagai cabaran untuk diselesaikan dengan sebaik mungkin kerna itu adalah ujian untuk ikatan perkahwinan yang akan dilayari… Sesungguhnya setiap perkara itu ada penyelesaian…
Sesungguhnya pertunangan itu adalah kunci kepada alam perkahwinan, pengiktirafan kepada perhubungan yang dibina…..
Salam….

1 comment:
cam scary lak nak tunang... kawin terus buleh??
Post a Comment