"...berundur bukan bermakna kalah... berundur untuk menilai situasi dan keadaan... memastikan keperluan dan kemahuan sama ada masih menjadi keutamaan atau tidak... menilai keperluan logistik untuk merencana strategi baru... sama ada perlu mara atau bertahan atau terpaksa melepaskannya..."
Ini Qoute daripada penulisan saya tentang Ibu Pertiwi.. Ingat lagi?
Apabila keadaan tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan diplomasi... Paluan gendang peperangan dan semboyan akan dibunyikan.... Sebagai seorang anggota keselamatan yang berkhidmat dalam bidang ketenteraan walaupun berpangkat Jeneral sekalipun... Peperangan adalah perkara yang paling cuba dielakkan... Tapi perpatah peperangan menyatakan "Jika aku tak bunuh kamu, kamu akan bunuh aku"...
Selalunya pertingkahan dalam menyatakan yang hak akan menyebabkan peperangan ini berlaku, apabila cara diplomasi yang digunakan gagal apabila pihak lagi satu gagal memahami tentang apa yang dituntut adalah bersesuaian atau tidak.... selalunya satu pihak akan cuba membuatkan pihak lagi satu memahami tentang pertingkahan yang wujud tetapi disebabkan sikap tidak ambil peduli, mementingkan diri dan terlalu sombong dengan pegangan yang ada serta tidak dapat menerima hakikat... percaturan secara diplomasi tidak dapat digunakan... Maka jalan yang terakhir, paluan gendang peperangan akan dibunyikan dan semboyan diudarakan....
Keadaan ini berlaku apabila satu pihak melakukan perbuatan provokasi, mengugut dan cuba mencemarkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara... mereka menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk memastikan mereka menang dalam peperangan itu... Satu pihak lagi apabila memikirkan supaya keadaan dapat diredakan, akan menyahut paluan dan semboyan yang dibunyikan dan ia adalah jalan yang terakhir....
Apabila berlakunya peperangan... kita akan melihat pelbagai cara yang di luar jangkaan kita akan muncul... cara dan taktik yang digunakan sememangnya tidak enak dilihat atau diketahui oleh kita... tetapi disebabkan provokasi yang timbul, cara dan taktik ini perlu dilakukan supaya apa yang hak tetap hak... dan mereka yang terlibat dalam peperangan itu juga akan merasa sengsara jiwa dan raga, malah pihak yang tidak terlibat dalam peperangan itu juga akan tertempias dengan bahana peperangan ini...
Memang betul teori mempertahankan kedaulatan dan maruah iaitu ”..Perang penting kepada Negara; soal hidup atau mati; jalan yang menentukan kelangsungan hidup atau kebinasaan..”, tapi bagi saya, seorang panglima perang yang sebetul-betulnya hebat dan dapat memenangi peperangan itu adalah mereka yang dapat "mengalahkan musuh tanpa pertempuran"
Salam
aMiRuLHaQ
No comments:
Post a Comment