Friday, June 11, 2010

Kata-Kata @ Ungkapan

"...Sesuatu ungkapan dan kata2 yang keluar daripada mulut anda itu melambangkan pemikiran dan kehendak hati anda sendiri..."

Selalunya aku melihat 3 perkara ini perlu seiring dan tidak boleh tertinggal pun walaupun satu sahaja... iaitu, pemikiran, kehendak dan perbuatan... Pemikiran apa yg kita fikirkan, kehendak apa yang kita idamkan dan perbuatan melambangkan apa yg kita rasa....

Ntahlah yer... yg pasti ianya akan menjadi tidak sempurna jika salah satu perkara itu tidak seiring... umpama sebuah lagu tanpa melodinya... ianya menjadi songsang...


aku melihat ianya sesuatu yang pasti apabila sesorng mengeluarkan kata2 yang melambangkan apa yang dia fikirkan dan apa yang dia idamkan... refleks daripada kata2 itu adalah perbuatan yang perlu dizahirkan... perbuatan itu telah dizahirkan, maka seterusnya adalah keputusan yang menentukan sama ada ianya adalah valid dan qualify...

kadangkala apa yang kita hendakkan tidak seperti apa yang kita rencanakan... walaupun begitu setelah kita melakukan sesuatu usaha tetapi keadaannya masih sama maka apa yg kita usahakan itu adalah sesuatu yang sia2 atau nothing pada sesorng... pendek kata tunggu apa lagik, move out daripada situasi tersebut...

memang apabila kita move out daripada situasi tersebut, kita akan merasa sesuatu kerugian kerna kita telah melabur banyak dalam memastikan usaha kita itu dihargai, tetapi kita haruslah ingat sesungguhnya ALLAH itu tidak zalim, mungkin ada perancangan lain oleh DIA untuk kita.....

Salam

Mohd Roslan Yaacob
11 Jun 2010 : 1930 : Nibong Tebal

No comments: