Friday, November 6, 2009

Cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan...

Perhatian yang timbul yang diberi, rasa untuk melindungi dan dilindungi, kefahaman sikap dan sifat sesorng dan penyesuaian diri dalam lingkungan seseorng menyebabkan satu hubungan yang asasnya pada erti persahabatan akan beralih kepada perasaan cinta dan sayang... apabila keadaan ini berlaku, si pemberi akan bersifat neutral serta sanggup berkorban dan memberi ruang dan masa kepada penerimanya... kadangkala kita perlu melihat daripada sisi yang lain sama ada yang lahir ini atas perasaan kasihan atau untuk mengambil kesempatan kerana seorng sahabat mengetahui kekuatan dan kelemahan sahabatnya yang lain dan boleh mempergunakannya untuk sesuatu kepentingan...

Melahirkan yang abadi dalam cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan memerlukan naiwaitu yang suci daripada pemberinya bukannya satu pengkhianatan... tidak perlu tergopoh dalam menentukan sesuatu agar diterima dan haruslah melihat sesuatu yang lebih besar dalam tempohnya.. pilihan yang ada perlu dibuat agar tidak merosakan persahabatan yang ada dan harus mengetahui letak dirinya sebenar jika sesuatu diluar dugaan berlaku dan perlu bertindak yang sewajarnya terhadap kejadian itu...

Salam

Cinta Yang Lahir Daripada Pandang Pertama......

Cita-cita, kehendak dan kemahuan serta penyesuaian rasa dijiwa dan nafsu menimbulkan cinta pandang pertama.. melihat sesuatu yang indah yang memikat perasaan dan menidakkan pertimbangan akal... kelahiran sebuah harapan agar apa yg dipandang itu menjadi suci dan cuba mencapai kelahiran itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sama ada dari sebelah pihak atau kedua-dua pihak.. penafian kepada kelemahan yang ada dan nampak serta menganggapnya adalah remeh dan boleh diterima kerana itu pilihan hati yang ada yang perlu ditujui... perlindungan kepada kelemahan diri dan apa yg dipandang agar menjadi sesuai kepada kemahuan... dan mengikut arus sahaja walau sesuatu itu tidak disukai tetapi terpaksa menyukainya kerna melakukan penyesuaian apa yang dipandang agar diterimanya...

Melahirkan yg abadi dalam cinta yg lahir dari pandangan pertama adalah memerlukan usaha kedua-dua pihak... penerimaan dan penolakan yang perlu diseiringkan dalam melakukan pertimbangan agar ianya menjadi satu keputusan yang memberi kebahagian dan memuaskan pemikiran masing-masing agar tiada perkara untuk mengambil kesempatan dari sisi ruang kelemahan yang ada pada yang dipandang atau yang memandang... Si memandang perlu menyesuaikan diri dengan apa yang dipandang dan kadangkala terpaksa melakukan pengorbanan hanya untuk mendapat perhatian si dipandang...


Salam

Cinta yg lahir dari pndng pertama adalh cinta suci, manakala perasaan cinta yg lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati...

~ Cinta yg lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yg lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati....~

itu tajuk yang sebenar hehe... xleh nak tulis panjang2 :D

ini ulasannya....

Pada asas dan wajibnya serta abadinya... Cinta Suci atau Cinta Sejati adalah hak milik Allah SWT yg perlu kita beri kepadaNYA sebagai hambaNYA.... itu yg pasti dan hak...

Walaubagaimanapun tajuk ini aku nak perhalusinya sebab menarik persoalannya... seperti biasa aku ajukan kepada Tok Guru aku ttg ini dan ini pendapat dia.....

“.....Cinta yg lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yg lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati.... Pertemuan konflik antara perasaan cinta yang timbul dari pandang pertama mata hasil drp hati, kemahuan dan nafsu (kehendak) sendiri dengan perasaan cinta yang dibina dengan penuh berhati-hati atas landskap persahabatan...”

Mana yang abadi.... kedua-duanya abadi mengikut apa yang kita nak sebenarnya.. yang mna kita nak tuju pada jalan yang kita pilih dan risiko yang kita akan tanggung...

Pesan tok guru...

“.... mencintai sesorng adalah satu kenikmatan dan dicintai oleh sesorng adalah satu rahmat... antara mencintai dan dicintai kedua-duanya adalah terbaik.... tetapi dalam melayari kehidupan yang nyata adalah lebih baik kita dicintai kerana kita akan mendapat menikmati kesemuanya dan perasaan saling cinta dan menyintai akan timbul dan menjadi abadi.....”

Salam

Monday, November 2, 2009

~ kebenaran yg membuatkan seseorg itu menangis adalah lebik baik daripada penipuan yang membuat seseorg itu tersenyum ~

Aku tertarik dgn quote yg di atas tu dari FB sesorng... sesuatu yg menghairankan kenapa kebenaran bleh menyebabkan kita menangis dan penipuan membuatkan kita tersenyum sepatutnya adalah sebaliknya kata2 itu... mendalam makna tersiratnya.. jadi aku tanya tok guru...

Ini kata2 tok guru aku bila dia menganalisis ayat2 tu hehehe....

"... Kebenaran sesuatu yang hak, sesuatu yang pasti dan sesuatu yang melawan yg batil...Penipuan pula satu penafian hak, sesuatu yang diawang2an dan sesuatu yg menyebabkan kita tidak mengetahui yg pasti......"

Manusia... fitrahnya suka kepada keseronokan dan menyelesakan diri sendiri.. amat payah utk manusia menerima hakikat sesuatu perkara... mereka sanggup hidup dalam kepura-puraan utk kepentingan diri sendiri agar yg batil itu memberi keseronokan utk kehidupan mereka dan cuba menghindari kebenaran yang nyata dalam kehidupan mereka walaupun mereka mungkin menyedarinya....

Mereka yang suka menipu dan hidup dalam penipuan bertindak kerana utk diri sendiri utk mendapatkan keuntungan daripada hasil penipuan mereka... tidak kira lah apa saja keuntungan itu sama ada daripada harta benda dan perasaan sesorng sehingga boleh membinasakan kehidupan seseorng disebabkan sesorng itu mempercayai penipuan itu sesuatu kebenaran... tapi mereka lupa bahawa kehidupan mereka sendiri juga akan terhakis perlahan2 yang mengakibatkan kebinasaan harga diri mereka sendiri...

Apabila manusia mengetahui kebenaran mereka akan menangis.. Tangisan apabila mengetahui sesuatu yang hak yang selama ini mereka diomong2kan dengan penipuan kepada yg hak itu.. amat sukar mereka menerima hakikat yang selama ini mereka percaya dan memegangnya sepenuh hati... dan kehidupan dalam penipuan membuatkan manusia itu sentiasa tersenyum.. alpa pada kebenaran dan ketidakpengakuan erti sebenar hakikat kehidupan sendiri...

Maka adalah betul ~ "Kebenaran yg membuatkan seseorng itu menangis adalah lebih baik daripada penipuan yang membuat seseorng itu tersenyum"~ Bijak budak nie ;)... itu lah kata2 tok guru aku....

Salam......