Friday, November 6, 2009

Cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan...

Perhatian yang timbul yang diberi, rasa untuk melindungi dan dilindungi, kefahaman sikap dan sifat sesorng dan penyesuaian diri dalam lingkungan seseorng menyebabkan satu hubungan yang asasnya pada erti persahabatan akan beralih kepada perasaan cinta dan sayang... apabila keadaan ini berlaku, si pemberi akan bersifat neutral serta sanggup berkorban dan memberi ruang dan masa kepada penerimanya... kadangkala kita perlu melihat daripada sisi yang lain sama ada yang lahir ini atas perasaan kasihan atau untuk mengambil kesempatan kerana seorng sahabat mengetahui kekuatan dan kelemahan sahabatnya yang lain dan boleh mempergunakannya untuk sesuatu kepentingan...

Melahirkan yang abadi dalam cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan memerlukan naiwaitu yang suci daripada pemberinya bukannya satu pengkhianatan... tidak perlu tergopoh dalam menentukan sesuatu agar diterima dan haruslah melihat sesuatu yang lebih besar dalam tempohnya.. pilihan yang ada perlu dibuat agar tidak merosakan persahabatan yang ada dan harus mengetahui letak dirinya sebenar jika sesuatu diluar dugaan berlaku dan perlu bertindak yang sewajarnya terhadap kejadian itu...

Salam

No comments: