Friday, November 6, 2009

Cinta Yang Lahir Daripada Pandang Pertama......

Cita-cita, kehendak dan kemahuan serta penyesuaian rasa dijiwa dan nafsu menimbulkan cinta pandang pertama.. melihat sesuatu yang indah yang memikat perasaan dan menidakkan pertimbangan akal... kelahiran sebuah harapan agar apa yg dipandang itu menjadi suci dan cuba mencapai kelahiran itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sama ada dari sebelah pihak atau kedua-dua pihak.. penafian kepada kelemahan yang ada dan nampak serta menganggapnya adalah remeh dan boleh diterima kerana itu pilihan hati yang ada yang perlu ditujui... perlindungan kepada kelemahan diri dan apa yg dipandang agar menjadi sesuai kepada kemahuan... dan mengikut arus sahaja walau sesuatu itu tidak disukai tetapi terpaksa menyukainya kerna melakukan penyesuaian apa yang dipandang agar diterimanya...

Melahirkan yg abadi dalam cinta yg lahir dari pandangan pertama adalah memerlukan usaha kedua-dua pihak... penerimaan dan penolakan yang perlu diseiringkan dalam melakukan pertimbangan agar ianya menjadi satu keputusan yang memberi kebahagian dan memuaskan pemikiran masing-masing agar tiada perkara untuk mengambil kesempatan dari sisi ruang kelemahan yang ada pada yang dipandang atau yang memandang... Si memandang perlu menyesuaikan diri dengan apa yang dipandang dan kadangkala terpaksa melakukan pengorbanan hanya untuk mendapat perhatian si dipandang...


Salam

No comments: