Wednesday, August 12, 2009

Wasiat Raja-Raja Melayu Berdaulat

Sumpah Wasiat Raja-Raja Melayu....

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera..................."
  1. "Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu"
  2. "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."
  3. "Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara."
  4. "Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini."
  5. "Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan."
  6. "Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu."
  7. "Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain."
Daulat Tuanku... Daulat Tuanku.... Daulat Tuanku..... Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia

Collection dari Tagged - WHO I AM

Snippet:- "Who I AM"

1) ketahui apa yang kita nak
2) rancang apa yang kita nak
3) analisa rancang itu
4) lakukan rancangan itu secara ikhlas
5) istiqamah dengan perancangan itu
6) keluar dari comfort zone
7) RENTAP
8) redha dengan keputusan yang kita dapat
9) Sesungguhnya tidak akan kamu berasa gundah walau seketika jika kamu tahu apa yang kamu cari
10) Segala aturan boleh dikucar-kacirkan, segala larangan boleh dilanggar, segala peraturan boleh dicabuli, segala undang-undang boleh diubahsuaikan... hanya satu yang tidak boleh... Al-Quran

Mungkin keputusan yang kita dapat itu tidak seperti yang kita rancangkan tetapi usaha telah dilakukan, maka kita tidak rugi apa-apa. Mungkin ada hikmah atau perancangan lain yang tersirat atau terlindung untuk kita oleh Maha Pencipta...

Salam..

Collection dari Tagged - APA ITU CINTA

Apakah itu CINTA.......
Ada member tanya dan ini jawapannya hehehe

Nie pesan tok guru aku ...
"CINTA adalah kombinasi antara Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab, dan Simpati.."

Memberi kasih kepada orng yang kita sayang, menjadikannya keutamaan pilihan dan bertanggungjawab terhadap dirinya dari semua aspek kehidupan serta apa yg dilakukan bersama-sama atau secara individu masing-masing. Simpati dengan apa yg berlaku atau dilakukan oleh pasangan kita.

Mengapa??... Kemahuan, Pemikiran dan Semangat perlu jalan seiring dan selari... satu pun tidak boleh tertinggal... jika menyintai seseorang tanpa kombinasi yang dimaksudkan cinta itu mungkin berlandaskan nafsu atau mengambil kesempatan yang mana ada antara satu pihak atau kedua-dua pihak atau pun hanya luaran cinta isi nya kosong...

Bagi yang sedang hangat bercinta..... perhatikan kombinasi Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab dan Simpati ini wujud atau tidak dalam alam percintaan kamu berdua. Jika kombinasi ini wujud dalam alam percintaan kamu, pasti akan melahirkan satu percintaan yang berasaskan kepercayaan, keterbukaan, tolak ansur dan semangat saling memerlukan antara satu sama lain... Indahkan bila cinta kita adanya kepercayaan antara satu sama lain dalam menikmati perhubungan cinta... rasional dalam sesuatu perkara yang berbangkit antara kedua-dua pihak dengan apa yang dilakukan oleh diri masing-masing dan bertolak ansur apabila menghadapi konflik dalam perhubungan. Hangatnya dan indahnya hubungan cinta itu apabila diri ini dirasakan sangat diperlukan oleh si dia.....

Jika kombinasi ini tiada... cemburu yang amat sangat timbul.... rasa tidak yakin dengan pasangan dirasai... suasana kehangatan bercinta menjadi celaru.... pertingkahan sentiasa wujud... jiwa menjadi kacau.... sistem punch card wujud... dan pelbagai lagi konflik akan wujud... maka setiap destinasi cinta itu tidak akan kesampaian dan tersasar di pertengahan jalan..

Renung-renungkan lah apakah itu CINTA pada diri kamu...

Collection dari Tagged - Hubungan Jarak Jauh (CINTA)

Ini jawapan tok guru saya....
"Apa yg dimaksudkan oleh sy apakah itu CINTA - Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab dan Simpati adalah perkara asas dan terbuka kepada apa jenis sesuatu perhubungan yg baru dibina atau terjalin. Apabila kombinasi ini dpt dikuasai pasti akan membuahkan kepercayaan dan kesetiaan drp pasangan anda tidak kira apa jenis hubungan itu atau halangan yg ada. Sy tidak pasti dari segi konteks perhubungan jarak jauh dalam negeri atau luar Negara yang anda maksudkan, tetapi sy akan cuba amkan pandangan saya ini. Dlm hubungan jarak jauh, cara meluahkan kasih kpd pasangan kita adalah sensitif kpd keperluan pasangan kita.. apa yang difikirkan dan apa yg diperlukan oleh pasangan masing-masing.. gali perkara ini kerana fitrah manusia akan menyembunyikan sesuatu perkara yg berharga dalam diri mereka dan apabila perkara yg berharga itu dapat dikuasai atau diketahui, tidaklah perlu khuatir dengan jarak yang dirasakan akan menjadi masalah dlm menjalinkan hubungan.Luahkan rasa sayang anda dgn pasangan anda dgn penuh berhemah... perkara2 kecil jgn diperbesarkan dan haruslah bertolerasi kerana fitrah manusia, setiap apa yang dilakukan mereka mempunyai alasan dan hujah tersendiri untuk mempertahankan diri mereka... Ingat, adalah lebih baik kita mengalah dalam sesuatu perdebatan daripada kita menang perdebatan itu jika ia akan memusnahkan situasi dan keadaan perhubungan itu. Semaikan lah rasa sayang itu. Letakkan keutamaan yg tinggi kpd pasangan kita supaya pasangan kita itu merasakan mereka cukup istimewa dan penting bagi anda. Jika dihubungi cepatlah kita jawab dan jika kita sibuk, maklum kepada mereka situasi kita... jgn abaikan panggilan mereka itu kerana akan menimbulkan syak wasangka kepada mereka... Jawaplah walau anda sesibuk mana pun dan beritahu apa situasi anda masa itu serta hubungi mereka semula bila anda telah mempunyai masa yang lapang. Ingatlah fitrah manusia, apabila diri mereka mendapat keutamaan dgn merasakan diri mereka itu penting dan cukup istimewa apatah lagi dari orng yg mereka cinta.. bertuahlah anda nanti... Bertanggungjawab kpd diri sendiri dan pasangan anda.... lakukan kejutan pada pasangan anda.. ingatilah tarikh2 yang penting pasangan anda.. jgnlah jadikan jarak yang ada tu sebagai pemisah anda dan pasangan anda, carilah peluang utk berjumpa.. bertanyalah keadaan pasangan anda, keluarganya pada mula hari dan pada tamat hari... tunjukkan anda sensitif dengan perubahan diri pasangan anda dan cuba atasi setiap halangan yang ada dengan penuh minat dan tanggungjawab... ingatlah setiap apa yg dikatakan atau dibuat perlu clarify dan qualify perkara tersebut.... Simpati.... fitrah manusia untuk berteman... dan mereka juga yg bercinta jarak jauh nie pasti tergerak dalam hati mereka berasa cemburu apabila melihat orang lain yang berpasangan boleh berjumpa tiap hari, berkongsi perjalanan hidup seharian. Kita perlu terbuka dengan pasangan kita dan tidak boleh terlalu mengawal pergerakan pasangan kita itu dengan menetapkan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Yang penting di sini, tawakal dan menghormati diri pasangan kita dengan harapan pasangan kita itu juga menghormati diri kita.."
Salam..

Collection dari Tagged - MEMBUAT KEPUTUSAN

Dilemma... betul ke apa yang aku buat.... apa nak jadi ehk lepas nie... boleh ke keputusan ini diterima... boleh ke cadangan ini diimplikasikan... aduhaii.... pening aku... mcm mana nie...
Ketidak ketenteraman seorang insan dalam membuat keputusan apa langkah yang perlu beliau ambil... terjadi kepada semua manusia waras... kekadang pilihan atau keputusan yang kita nak buat tu menjadi terlalu berat dan membebankan jiwa dan raga kita... betul kan?
Ini rumusan percambahan dan wacana ilmu dengan tok guru saya... sila lihat snippet "Who I am" , dalam journal saya yang bertarikh 090709.

"Manusia akan dalam dilemma yang amat sangat apabila hendak membuat sesuatu keputusan yang melibatkan perhubungan antara manusia. Dilemma ini berlaku disebabkan manusia itu memikirkan sama ada keputusan yang dibuat itu sesuai atau tidak dengan orang lain... memikirkan apa kesan yang akan dialami oleh manusia lain itu... boleh diterima ke atau tidak...Sebenarnya dilemma ini boleh dirungkai jika kita boleh rasional dengan keadaan... ada kemahuan untuk keluar dari comfort zone yang mana comfort zone yang kita selesa keadaannya.. walaubagaimanapun, keputusan itu kita mesti lakukan untuk kelangsungan kehidupan kita dan juga orang yang terlibat dengan kita...Pegangannya mudah.... kita perlu ketahui apa yang kita nak, apa perancangan yang kita nak capai... kita mesti bergerak seiringan dengan itu... kehendak, pemikiran dan semangat perlu seiring dalam kita mencapai objektif keputusan kita itu... kadangkala kita memikirkan apa kesan kepada seseorang daripada keputusan kita buat... sebenarnya itu salah... pegangan itu salah... sbb setiap insan dijanjikan oleh Allah rezeki dan perjalanan hidup masing-masing. Sbb itu adanya Qada dan Qadar.... Mungkin daripada keputusan kita itu, kita mempermudahkan perancangan Maha Pencipta kita... mungkin pada awalnya pahit kepada seseorang itu tetapi madu pada akhirnya... percaya lah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...Tetapkan pendirian kepada keputusan kita, lalui dengan hati yang tenang dan redha dan mempercayai bahawa setiap keputusan yang kita buat itu memberi kebaikan kepada semua pihak... jgn sesekali menyesali atau merasa apa yang kita putuskan itu memberi kesan buruk kepada seseorang... sesungguh Allah tidak pernah hendak berlaku zalim kepada hambaNYA...Ingatlah... segala keputusan yang kita buat itu bukan bermakna kita berlaku kejam kepada seseorang... tiada istilah KEJAM sebenarnya... itu hanya lah mainan perasaan kita semasa kita hendak membuat sesuatu keputusan yang memberi tekanan kepada kita... Percaya setiap apa yang berlaku ada perancanganNYA yang tersendiri..."

Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kita yang pertama, kedua kepada orang disekeliling kita, ketiga kepada kelangsungan kehidupan kita...

"Sesungguhnya tidak akan kamu berasa gundah walau seketika, jika kamu tahu apa yang kamu CARI"
Salam...

Collection dari Tagged - IBU PERTIWI

Ibu Pertiwi.... teringat masa dalam menuntut ilmu dengan tok guru dulu.... subjek Ibu Pertiwi.... Salah satunya -
"Menyerahkan ibu pertiwi kepada lawan kita amat menyakitkan jiwa.... kerelaan keterpaksaan.... luruh segala jiwa raga... lemah menongkat tubuh... hati sebak... jiwa kacau.. perasaan menjadi kosong dan pelbagai lagi emosi negatif yang dizahirkan"

amanat tok guru....
"berundur bukan bermakna kalah... berundur untuk menilai situasi dan keadaan... memastikan keperluan dan kemahuan sama ada masih menjadi keutamaan atau tidak... menilai keperluan logistik untuk merencana strategi baru... sama ada perlu mara atau bertahan atau terpaksa melepaskannya..."

kadangkala kita terpaksa untuk melakukan sesuatu yang bukan kerelaan kita... tapi kita terpaksa melakukannya untuk sesuatu kepentingan... bukan bermaksud kita merendahkan maruah atau jatidiri kita... tetapi orang yang bijak akan menilai semula keadaan atau situasi yang berlaku dan melihat apa yang sepatutnya dilakukan untuk menguasai keadaan atau situasi itu... tetapi kadangkala kita terpaksa melepaskannya walaupun kita sangat menyayangi sesuatu perkara kerna itu mungkin bukan hak kita yang sebenar-benarnya..

ikhlas daripada saya....

salam...

Collection dari Tagged - TAHU

Sesuatu yang terkenang pada waktu dulu.... Indah ungkapan ini... Sejak berumur 14 tahun aku belajar...

Aku Tahu..... Kau Tahu....

Aku Tahu..... Kau Tak Tahu

Kau Tahu.... Aku Tak Tahu

Aku Tak Tahu.... Kau Pun Tak Tahu

banyak yang tersirat dalam ungkapan ini.... banyak yang aku belajar dan mendapat pengalaman yang aku pratik kan dari ungkapan ini....

ikhlas dari aku....

salam...

Tuesday, August 11, 2009

Hari ini aku godeh2 pasal blog nie... ramai yg minta aku buat blog nie... walau dari tahun 2000 aku dah tahu kewujudannya... nie 1st time nak guna... nanti dah xpert bleh lah buat mcm2 kan hehehe