Dilemma... betul ke apa yang aku buat.... apa nak jadi ehk lepas nie... boleh ke keputusan ini diterima... boleh ke cadangan ini diimplikasikan... aduhaii.... pening aku... mcm mana nie...
Ketidak ketenteraman seorang insan dalam membuat keputusan apa langkah yang perlu beliau ambil... terjadi kepada semua manusia waras... kekadang pilihan atau keputusan yang kita nak buat tu menjadi terlalu berat dan membebankan jiwa dan raga kita... betul kan?
Ketidak ketenteraman seorang insan dalam membuat keputusan apa langkah yang perlu beliau ambil... terjadi kepada semua manusia waras... kekadang pilihan atau keputusan yang kita nak buat tu menjadi terlalu berat dan membebankan jiwa dan raga kita... betul kan?
Ini rumusan percambahan dan wacana ilmu dengan tok guru saya... sila lihat snippet "Who I am" , dalam journal saya yang bertarikh 090709.
"Manusia akan dalam dilemma yang amat sangat apabila hendak membuat sesuatu keputusan yang melibatkan perhubungan antara manusia. Dilemma ini berlaku disebabkan manusia itu memikirkan sama ada keputusan yang dibuat itu sesuai atau tidak dengan orang lain... memikirkan apa kesan yang akan dialami oleh manusia lain itu... boleh diterima ke atau tidak...Sebenarnya dilemma ini boleh dirungkai jika kita boleh rasional dengan keadaan... ada kemahuan untuk keluar dari comfort zone yang mana comfort zone yang kita selesa keadaannya.. walaubagaimanapun, keputusan itu kita mesti lakukan untuk kelangsungan kehidupan kita dan juga orang yang terlibat dengan kita...Pegangannya mudah.... kita perlu ketahui apa yang kita nak, apa perancangan yang kita nak capai... kita mesti bergerak seiringan dengan itu... kehendak, pemikiran dan semangat perlu seiring dalam kita mencapai objektif keputusan kita itu... kadangkala kita memikirkan apa kesan kepada seseorang daripada keputusan kita buat... sebenarnya itu salah... pegangan itu salah... sbb setiap insan dijanjikan oleh Allah rezeki dan perjalanan hidup masing-masing. Sbb itu adanya Qada dan Qadar.... Mungkin daripada keputusan kita itu, kita mempermudahkan perancangan Maha Pencipta kita... mungkin pada awalnya pahit kepada seseorang itu tetapi madu pada akhirnya... percaya lah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...Tetapkan pendirian kepada keputusan kita, lalui dengan hati yang tenang dan redha dan mempercayai bahawa setiap keputusan yang kita buat itu memberi kebaikan kepada semua pihak... jgn sesekali menyesali atau merasa apa yang kita putuskan itu memberi kesan buruk kepada seseorang... sesungguh Allah tidak pernah hendak berlaku zalim kepada hambaNYA...Ingatlah... segala keputusan yang kita buat itu bukan bermakna kita berlaku kejam kepada seseorang... tiada istilah KEJAM sebenarnya... itu hanya lah mainan perasaan kita semasa kita hendak membuat sesuatu keputusan yang memberi tekanan kepada kita... Percaya setiap apa yang berlaku ada perancanganNYA yang tersendiri..."
Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kita yang pertama, kedua kepada orang disekeliling kita, ketiga kepada kelangsungan kehidupan kita...
"Sesungguhnya tidak akan kamu berasa gundah walau seketika, jika kamu tahu apa yang kamu CARI"
Salam...
No comments:
Post a Comment