Wednesday, August 12, 2009

Collection dari Tagged - Hubungan Jarak Jauh (CINTA)

Ini jawapan tok guru saya....
"Apa yg dimaksudkan oleh sy apakah itu CINTA - Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab dan Simpati adalah perkara asas dan terbuka kepada apa jenis sesuatu perhubungan yg baru dibina atau terjalin. Apabila kombinasi ini dpt dikuasai pasti akan membuahkan kepercayaan dan kesetiaan drp pasangan anda tidak kira apa jenis hubungan itu atau halangan yg ada. Sy tidak pasti dari segi konteks perhubungan jarak jauh dalam negeri atau luar Negara yang anda maksudkan, tetapi sy akan cuba amkan pandangan saya ini. Dlm hubungan jarak jauh, cara meluahkan kasih kpd pasangan kita adalah sensitif kpd keperluan pasangan kita.. apa yang difikirkan dan apa yg diperlukan oleh pasangan masing-masing.. gali perkara ini kerana fitrah manusia akan menyembunyikan sesuatu perkara yg berharga dalam diri mereka dan apabila perkara yg berharga itu dapat dikuasai atau diketahui, tidaklah perlu khuatir dengan jarak yang dirasakan akan menjadi masalah dlm menjalinkan hubungan.Luahkan rasa sayang anda dgn pasangan anda dgn penuh berhemah... perkara2 kecil jgn diperbesarkan dan haruslah bertolerasi kerana fitrah manusia, setiap apa yang dilakukan mereka mempunyai alasan dan hujah tersendiri untuk mempertahankan diri mereka... Ingat, adalah lebih baik kita mengalah dalam sesuatu perdebatan daripada kita menang perdebatan itu jika ia akan memusnahkan situasi dan keadaan perhubungan itu. Semaikan lah rasa sayang itu. Letakkan keutamaan yg tinggi kpd pasangan kita supaya pasangan kita itu merasakan mereka cukup istimewa dan penting bagi anda. Jika dihubungi cepatlah kita jawab dan jika kita sibuk, maklum kepada mereka situasi kita... jgn abaikan panggilan mereka itu kerana akan menimbulkan syak wasangka kepada mereka... Jawaplah walau anda sesibuk mana pun dan beritahu apa situasi anda masa itu serta hubungi mereka semula bila anda telah mempunyai masa yang lapang. Ingatlah fitrah manusia, apabila diri mereka mendapat keutamaan dgn merasakan diri mereka itu penting dan cukup istimewa apatah lagi dari orng yg mereka cinta.. bertuahlah anda nanti... Bertanggungjawab kpd diri sendiri dan pasangan anda.... lakukan kejutan pada pasangan anda.. ingatilah tarikh2 yang penting pasangan anda.. jgnlah jadikan jarak yang ada tu sebagai pemisah anda dan pasangan anda, carilah peluang utk berjumpa.. bertanyalah keadaan pasangan anda, keluarganya pada mula hari dan pada tamat hari... tunjukkan anda sensitif dengan perubahan diri pasangan anda dan cuba atasi setiap halangan yang ada dengan penuh minat dan tanggungjawab... ingatlah setiap apa yg dikatakan atau dibuat perlu clarify dan qualify perkara tersebut.... Simpati.... fitrah manusia untuk berteman... dan mereka juga yg bercinta jarak jauh nie pasti tergerak dalam hati mereka berasa cemburu apabila melihat orang lain yang berpasangan boleh berjumpa tiap hari, berkongsi perjalanan hidup seharian. Kita perlu terbuka dengan pasangan kita dan tidak boleh terlalu mengawal pergerakan pasangan kita itu dengan menetapkan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Yang penting di sini, tawakal dan menghormati diri pasangan kita dengan harapan pasangan kita itu juga menghormati diri kita.."
Salam..

No comments: