Apakah itu CINTA.......
Ada member tanya dan ini jawapannya hehehe
Nie pesan tok guru aku ...
"CINTA adalah kombinasi antara Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab, dan Simpati.."
Memberi kasih kepada orng yang kita sayang, menjadikannya keutamaan pilihan dan bertanggungjawab terhadap dirinya dari semua aspek kehidupan serta apa yg dilakukan bersama-sama atau secara individu masing-masing. Simpati dengan apa yg berlaku atau dilakukan oleh pasangan kita.
Mengapa??... Kemahuan, Pemikiran dan Semangat perlu jalan seiring dan selari... satu pun tidak boleh tertinggal... jika menyintai seseorang tanpa kombinasi yang dimaksudkan cinta itu mungkin berlandaskan nafsu atau mengambil kesempatan yang mana ada antara satu pihak atau kedua-dua pihak atau pun hanya luaran cinta isi nya kosong...
Bagi yang sedang hangat bercinta..... perhatikan kombinasi Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab dan Simpati ini wujud atau tidak dalam alam percintaan kamu berdua. Jika kombinasi ini wujud dalam alam percintaan kamu, pasti akan melahirkan satu percintaan yang berasaskan kepercayaan, keterbukaan, tolak ansur dan semangat saling memerlukan antara satu sama lain... Indahkan bila cinta kita adanya kepercayaan antara satu sama lain dalam menikmati perhubungan cinta... rasional dalam sesuatu perkara yang berbangkit antara kedua-dua pihak dengan apa yang dilakukan oleh diri masing-masing dan bertolak ansur apabila menghadapi konflik dalam perhubungan. Hangatnya dan indahnya hubungan cinta itu apabila diri ini dirasakan sangat diperlukan oleh si dia.....
Jika kombinasi ini tiada... cemburu yang amat sangat timbul.... rasa tidak yakin dengan pasangan dirasai... suasana kehangatan bercinta menjadi celaru.... pertingkahan sentiasa wujud... jiwa menjadi kacau.... sistem punch card wujud... dan pelbagai lagi konflik akan wujud... maka setiap destinasi cinta itu tidak akan kesampaian dan tersasar di pertengahan jalan..
Renung-renungkan lah apakah itu CINTA pada diri kamu...
1 comment:
"CinTa" sebenarnya Indah Bagi yg memahami dan mendalami...tapi tidak dinafikan "Cinta" itu juga dpt MERANAkn hati sesorg, jika ada Insan Yg mengkhianati "CINTA"..
CiNta iTu TiDak Buta,... SebaLiknYa MaNusia Yg BuTa MeniLai Erti Sebuah "CinTa"...
JiKa "CiNta" Itu Suci,..MengaPA Mesti Apa InsaN yG aKn TerlUka??? Dan JiKa "KasIh" Itu "AbAdi" PoHonLah AGar'Ia TerUs BerSemi...
Post a Comment