"......Sesungguhnya tidak akan kamu berasa gundah walau seketika jika kamu tahu apa yang kamu CARI....."
Wednesday, December 29, 2010
New Blog
Aku sedang membuat satu blog baru... blog baru ini lebih banyak kepada apa yang aku rasa pada sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan aku... kalau ada yg mengikuti blog ini dan ingin menyelami luahan rasa aku pada penulisan di blog baru nanti, msg aku...
terima kasih
Tuesday, December 28, 2010
Monday, December 27, 2010
puaskah - waliband
Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah oh Sayangku
Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakkanku
Setelah kau dapatkanku
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini, terus engkau lukai..
huu..huu..huuu
Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku
Monday, October 18, 2010
Hati Seorang Lelaki
Selalunya kita bercakap "Hati Seorang Wanita"..... tapi jarang-jarang kita dengar "Hati Seorang Lelaki"...
Mohd Roslan Yaacob
18 October 2010 : 0030
Monday, September 27, 2010
aku mau - Siti Haminah Muhamad Asrol Chan
Aku Mau... Dan Aku Tetap Ada....
Mohd Roslan Yaacob
27 September 2010 : 1530
Thursday, September 23, 2010
LUPA - Suatu Luahan...
Apabila diri ini disalah ertikan... dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas... diri akan mula terasa rendah diri... diri mula rasa goyah... diri mula rasa serabut... apatah lagi untuk berlaku kejam kepada sesorng yang kita hargai dan hormati yang berharap dia akan mula menghargai dan menghormati diri kita...
TAPI.................
"Apabila kepercayaan itu mula hilang... Perasaan itu mula pudar... Perbuatan itu disalah anggap... Tujuan itu disalah ertikan... Pandangan itu dikaburi... Keikhlasan itu dianggap merimaskan... dan Diri ini mulai dibenci... Bersabarlah dan Percayalah... Biarlah kebenaran membuktikannya suatu hari nanti.. dan berjuanglah Demi Kebenaran itu untuk mendapatkan ianya semula"....
tak mengapa... Allah itu Wujud... sejahil mana pun kita... selupa mana pun kita... kuatkan diri... kuatkan emosi... kuatkan pemikiran... teguhkan hati... Insyallah, niat yang baik dan positif... akan dimakbulkannya.... kerana DIA tidak pernah menghampakan makhlukNYA yang dizalimi.....
Aku pernah berjanji... apabila dugaan melanda.. apabila sesuatu mengancam perhubungan yang aku bina seikhlas2 hati ku... dan apabila sesorng yg aku sayang jadi "LUPA".... sesiapa pun tidak akan mengenali diri ku yg sebenar2nya... tidak akan tahu apa yang akan mampu aku buat.. setiap apa yang menghalang... akan aku harungi... DEMI ALLAH... kau pun tahu JANJI ku itu.......
Sudah lama aku lupa kan hal2 kehidupan dunia... sudah lama aku tak hiraukannya... tapi kau telah bangkitkan aku... kau telah bangunkan aku... kau telah kejutkan aku... kau telah BERJAYA pada keadaan kau "LUPA".... terima kasih... aku ucapkan terima kasih... kerna melakukan sebegitu.......
Kau "LUPA"... aku dilahirkan sebagai pejuang... resam dan kehidupan aku dipenuhi dengan semangat pejuang... makanan aku adalah makan pejuang... yang diajar supaya percaya kepada apa yang aku percaya... berjuang sehingga titisan darah terakhir...kau TANAHAIR ku... baik buruknya kau... tetap aku perjuangkan... walaupun aku dikhianati oleh TANAHAIR ku sendiri... kerna aku tahu.. daripada sebaliknya apa yang berlaku sekarang... ada hikmah dan pengajaran yang akan ditunjukkan oleh ALLAH SWT... supaya aku kuat dalam menghadapi segala rintangan dan dugaanNYA...
.....................................................................................
Syg abg... abg mengerti... jiwa syg abg sekarang penuh kekalutan dan kerisauan... syg abg terlalu mengikut kata hati... syg abg terlalu taksub dengan rasa sayang dan cinta.. sbb itu syg abg menjadi PELUPA... syg abg mula berjaya dipengaruhi dengan mereka-mereka yang tidak senang dengan perhubungan yang sedang dibina... mereka-mereka itu yang tahu kelemahan syg abg telah mempergunakannya untuk merosakkan kita dan hubungan itu... syg abg mula LUPA pada janji2 yang syg abg sendiri lafazkan... syg abg mula LUPA tentang kehadiran diri abg ini...
Alhamdulillah... nikmat yang ALLAH beri... pengajaran yang ALLAH beri... syg abg mula kenal apa itu MARUAH... apa itu perasaan MALU... apa itu rasa diTIPU... syg abg mula nampak keperluan mengapa itu semua penting... Allah itu Maha Adil....
Tidak mengapa lah... keegoan dan sikap kedegilan syg abg untuk mengaku salah terhadap kesilapan syg abg tu masih menebal... abg percaya, suatu hari nanti syg abg akan mengerti kehadiran abg ini...
Tidak mengapalah... tuduh lah abg... maki lah abg... seranah lah abg... jika itu dapat mengurangkan gelodak jiwa syg abg.... sbb abg tahu, syg abg LUPA... syg abg telah diPENGARUHI oleh mereka2 yang tidak senang dengan hubngan kita ini... syg abg telah berjaya disuap dgn pandangan keji terhadap abg oleh mereka2 itu... abg percaya, suatu hari nanti syg abg akan mengerti kehadiran abg ini....
Syg abg.... telah lama abg menjadi HANG TUAH... telah lama abg tidak hiraukan hal2 dunia ini... kadang kala... abg patut menjadi JEBAT pula.... maafkan abg..
abg merindui syg abg... pulang lah... kembali lah....
....................................................................................
Mohd Roslan Yaacob
23 September 2010 : 1000
Monday, September 20, 2010
Dunia punya pasal... dah lama aku tinggalkan.. tapi orng takmau percaya huhuhu.. ckp aku xserupa bikin....
Bahasa xda bunga2 atau melankolik kali nie hehehe... konflik is konflik dan aku selalunya mengelak daripada konflik itu... tapi sampai org kata aku nie ckp xserupa bikin... ckp je pandai... well aku berckp berdasarkan pengalaman... benda yang nak jadi tapi simpton2nya sama seperti pengalaman2 yg lepas... so aku bercakap lah... jgn lah sangka aku copy n paste... Berani Buat Berani Tanggung... so aku tanggung lah apa yang aku buat... so nak lihat perbuatan aku... ok, aku tunjuk... perbuatan yang mana aku mampu buat.... jgn nak marah lak... jgn fikir aku xreti nak jaga maruah orng... dah buat silap.. betulkan... jgn sampai jadi satu kesalahan... ini tak... dok mcm tu jugak... apa kejadah semua nya ini.... nie minta maaf langsung xda...
dah buat silap... betulkan... amik yg jernih buang yg keruh.. ingat kita bukan duduk dalam dunia nie sorng2.. sbb tu ada puak2 dan kaum2, ada adik2 dan mak bapa... aku hanya nak betulkan keadaan... so kalau xnak aku tersalah langkah atau mengganggu kehidupan sesorng atau orng lain... beri kerjasama... dan aku bleh lupakan semuanya... jgn lak kata aku nie... hanya pada cakap..... buat xreti... so beri kerjasama... dan sama2 kita selesaikan segala kekeliruan ini...
sekarang lihat... disbbkan kekeliruan ini... orng ketawakan aku dan kau... siap leh sms aku ucap "tahniah"... apakejadahnya orng nie...orng mcm nie lah perlu dijauhi.. dh tahu dia tak akan suka dengan perhubungan yg dijalinkan... masih dok beri harapan kt dia.. masih contact n dengar pendapat dia... klu dia beri pendapat/nasihat yg membina xpa lah jugak... nasihat kita jgn melampaui batas... nie tidak... siap sokong kesilapan yg kita lakukan... natijahnya... semua orng jadi susah sbb nak sgt mendengar pendapat dia.. kita manusia, kdng kala kita terdetik kt hati disbbkan rasa was2 kita... sbb itu lah kita disuruh berkawan dgn orng yg boleh membangunkan kita... orng yg positif dengan sesuatu keadaan.... haiyaaa....
ntah lah... Allah Maha Mengetahui... aku mencari sinar di sana... Semoga Allah melindungi aku dan dia daripada niat jahat sesama manusia yg ingin kebahagian yang dibina atau sedang dibina itu hancur....
tima kasih...
Mohd Roslan Yaacob
21 September 2010 : 0020
Friday, September 17, 2010
...........................................
Aku Takkan Bersuara........
Cukup2lah... aku dah berusaha dengan lemah lembut... dengan penuh toleransi... dengan penuh hemah... dengan penuh menjaga hati... agar engkau dapat memandang aku bahawa aku ini betul2 menyayangi kau... yang aku ini ingin membimbing kau... yang aku ini masih berpegang pada janji2 aku... "Kau keutamaan aku... keselamatan kau, aku jamin... kebajikan kau, aku jaga... hati kau, aku belai... perasaan kau, aku pelihara... MARUAH kau, tunjang aku"....
tapi apa yang aku dapat... kau lebih mempercayai pandangan mereka2 yang sememangnya tidak pernah redha dengan keputusan kita... mereka2 yang tidak pernah mengenali aku, tidak pernah mengenali apa yg berlaku dalam kehidupan aku, mereka2 yang ingin menggagalkan perhubungan ini... cukup2 lah... aku dah penat untuk mempertahankannya... jika kau sendiri lebih rela memberi peluang kepada mereka2 tu... dan sayangnya... kau sudah mula tidak mengenali diri aku ini.... aku hanya ada 2 belah tangan sahaja... aku tak mampu nak menampung dunia.... Jika itu yang kau nak... pergilah... Andai itu TAKDIRNYA.....
Mohd Roslan Yaacob
17 September 2010 : 0945
Thursday, September 16, 2010
Kepastian Perkara Yang Nyata....
Saturday, September 11, 2010
Permulaan Yang Baru
Wednesday, July 28, 2010
- - aku MAU
Sayang abg....
Lagu ini pengertian KASIH SAYANG KEUTAMAAN TANGGUNGJAWAB SIMPATI... abg kepada amy k....
Love u a lot
Salam
Mohd Roslan Yaacob
28/07/2010 - 1000
Friday, July 16, 2010
.....................
Thursday, June 24, 2010
To My Beloved Fiancee - Siti Haminah Mohamad Asrol Chan... Happy Birthday to u
Selamat Ulang Tahun Yang Ke-26.... Love u a lot sayang abg.... Semoga sayang abg dirahmati dan dilindungiNYA daripada sebarang niat jahat sesama manusia... dan apa yang diimpikan dan diangankan akan tercapai... more success ye sayang abg..... love u
Happy Birthday to u
Friday, June 11, 2010
Kata-Kata @ Ungkapan
Selalunya aku melihat 3 perkara ini perlu seiring dan tidak boleh tertinggal pun walaupun satu sahaja... iaitu, pemikiran, kehendak dan perbuatan... Pemikiran apa yg kita fikirkan, kehendak apa yang kita idamkan dan perbuatan melambangkan apa yg kita rasa....
Ntahlah yer... yg pasti ianya akan menjadi tidak sempurna jika salah satu perkara itu tidak seiring... umpama sebuah lagu tanpa melodinya... ianya menjadi songsang...
aku melihat ianya sesuatu yang pasti apabila sesorng mengeluarkan kata2 yang melambangkan apa yang dia fikirkan dan apa yang dia idamkan... refleks daripada kata2 itu adalah perbuatan yang perlu dizahirkan... perbuatan itu telah dizahirkan, maka seterusnya adalah keputusan yang menentukan sama ada ianya adalah valid dan qualify...
kadangkala apa yang kita hendakkan tidak seperti apa yang kita rencanakan... walaupun begitu setelah kita melakukan sesuatu usaha tetapi keadaannya masih sama maka apa yg kita usahakan itu adalah sesuatu yang sia2 atau nothing pada sesorng... pendek kata tunggu apa lagik, move out daripada situasi tersebut...
memang apabila kita move out daripada situasi tersebut, kita akan merasa sesuatu kerugian kerna kita telah melabur banyak dalam memastikan usaha kita itu dihargai, tetapi kita haruslah ingat sesungguhnya ALLAH itu tidak zalim, mungkin ada perancangan lain oleh DIA untuk kita.....
Salam
Mohd Roslan Yaacob
11 Jun 2010 : 1930 : Nibong Tebal
Wednesday, June 2, 2010
Berkorban Apa Saja - Suatu Monolog
".... apa kah erti kasih sayang, boleh kah tuan menerangkan?..." "... boleh juga.. tetapi tidak dengan kata-kata biasa..."
"...Kepentingan sendiri... tidak diingini....bahagia kekasih..saja yang diharapi..." "...untuk menjadi bukti...kasih yang sejati...itu lah tandanya..jika mahu diuji..."
kdgkala sesuatu perkara tidak seperti yg kita sangkakan... bagi aku mudah... sesuatu perkara itu yang cuba menggugat keyakinan dan mengancam keadaan aku akan menyebabkan atau memerlukan aku clarify dan verify keadaan itu, aku akan cuba melakukan sesuatu walaupun mungkin dari segi luaran dan dalamannya ianya nampak kejam dan menyakitkan sehingga kadangkala ianya menghakis kepercayaan sesorng kepada aku dan menghilangkan segala rasa yg ada pada diri seseorg terhadap aku....
tapi niat aku bukan begitu... aku cuma ingin mempermudahkan keadaan dan mendapatkan gambaran/maklumat yang sebenar2nya adakah keyakinan yg tergugat dan ancaman itu valid dan mereka yg terlibat terpengaruh dengan perkara tersebut... dr situ aku akan bertindak utk melakukan sesuatu sama ada membiarkannya atau overcome perkara itu...
aku mohon maaf banyak2 jika mereka yg terlibat terasa hati apabila aku sedang cuba clarify n verify ancaman dan ugutan yg aku terima.... seikhlas2nya dari sudut hatiku tiada niat jahat atau cuba memburukkan keadaan... aku cuma hanya ingin mempertahankan apa yang aku ada, apa yg aku ada.... dan apa yang aku SAYANG sangat2...
Salam
Mohd Roslan Yaacob
3 Jun 2010: 0001
Monday, May 31, 2010
THROUGH THE YEARS
Happy 1st Anniversary my sweetheart..... Love u so much - Siti Haminah Binti Muhamad Asrol Chan......
Salam
Mohd Roslan Yaacob
1st Anniversary
Alhamdulillah pada 28 Mei 2010 adalah ulang tahun pertama perkenalan aku dengan tunang aku - Siti Haminah Binti Muhamad Asrol Chan... yg bestnya tunang aku pada awal2 bulan beria2 dok ingatkan aku pasal anniversary ini, tapi bila dekat2 tarikhnya dia leh lupa lak hahahahaha... tu lah dok pkir banyak sangat... takpe2 abg faham, bz ngan kerja dan persiapan kak ngah nak kawin 12 Jun nie kan, mana tak pening hahahaha...
Sbb keterlupaannya tu aku ingatkan tunang aku nie jenis tak kisah pasal anniversary nie... rupa2nya kaki sambut anniversary nie hehehe... jenuh jugak mencari restoran n cafe nak celebrate hehe.... nasib baik lah aku ada adhoc planning... sambut juga ngan dinner cara western food kat LeBOSS Sungai Petani... takpe2 akan datang lagik grand abg buat ye :).....
Thursday, May 27, 2010
Catatan Seminggu
Minggu nie lewat sikit nak keluarkan posting seminggu... bz ngan pelbagai perkara spt hal2 kerja.. hal2 adik tunangku nak kahwin... hal2 bisnes... well seperti biasa, mmg telah dijanjikan oleh Allah SWT, kita sebagai khalifah di dunia, akan sentiasa diduga dengan cabaran dan dugaan untuk melihat keimanan dan keteguhan jatidiri kita dalam menyelesaikan atau menghadapi dugaan serta cabaran yang datang.... apa2 pun yg aku pelajari, hadapi satu persatu dengan tenang dan selesaikan dengan berhemah... jgn sesekali melarikan diri daripada dugaan serta cabaran itu atau sengaja melengah2kannya dengan mengharap ianya akan selesai sendiri tetapi sebenarnya ia akan merebak memakan diri sendiri umpama penyakit barah dalam tubuh badan kita..
Harapan... Impian... Peluang.... kita hidup dengan ini... kelangsungan dan survivaliti kita sebagai insan dalam kehidupan... perkara2 ini membuatkan kita bersemangat untuk melakukan sesuatu dalam mencapai harapan, impian dan peluang yang diangan2kan atau yg ditetapkan.... kadang kala kita boleh melakukan sesuatu yang lebih luar biasa utk mencapainya...
Harapan... Impian... Peluang.... yang diberikan mestilah tulen... jgn sesekali kita memberinya dengan kepalsuan... mereka yg menyahut harapan, impian dan peluang ini pasti akan melakukannya bersungguh2... tapi apakah perasaan mereka jika disebalik usaha mereka itu, ia adalah atas kepalsuan semata2... sudah pasti mereka yg menyangka ianya adalah tulen, akan direntap semangat dan rohaninya, kecelakaan yang akan menimpa kepada semua pihak... oleh itu, pastikan kita memberi harapan, impian dan peluang pada yang hak sahaja....
Walahualam...
Salam
Mohd Roslan Yaacob
27 Mei 2010 : 1100
Tuesday, May 18, 2010
Catatan Seminggu
seminggu yang lepas adalah minggu yang mengelirukan... ntah lah... yang pasti aku dah beritahu apa yang aku nak... dan Dia juga telah memberitahu apa yang dia nak jugak... Alhamdulillah, sekarang adalah masa untuk membuktikan apa yang dicakapkan dengan perbuatan... Insyallah, jika kita kuat, maka pertahankanlah apa yang kita percaya itu...
".... Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan...." mendalam maknanya.....
dari segi kerja, alhamdulillah... progress nya baik dan seperti apa yang dirancangkan... dari segi Dugaan dan Cabaran... hmmm masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan...
well.... keikhlasan telah membuktikan keramatnya.... pasang niat dalam diri kita, lakukan apa yang kita nak dengan ikhlas...
Salam
Mohd Roslan Yaacob
18 Mei 2010 : 1010
Tuesday, May 11, 2010
Catatan Seminggu
walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yg aku hadapi pada waktu ini, alhamdulillah segala urusan kerja dan perniagaan aku seperti yang dirancangkan.. baru2 ini aku dianugerahkan satu kontrak kerja bernilai RM 2,453.07 sebulan.. dan aku sedang berusaha untuk satu lagi kontrak kerja bernilai RM 6,132.67... walaupun 90% pelaksanaan pemasaran telah aku lakukan aku mendoakan kontrak ini dianugerahkan kepada ku...
selain itu juga, aku telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat kepunyaan Ustaz Nazrey Johani - bekas penyanyi kumpulan nasyid Raihan... kerjasama yang dijalinkan dalam bidang motivasi dan pelancongan... semua ini aku lakukan utk masa depan supaya apa yang dirancangkan berada dilandasan yang diimpikan...
walaupun begitu... rezeki itu di tangan ALLAH SWT... ketentuan qada dan qadarnya menjadikan aku redha... pengalaman mengajar kehidupan aku.. yang penting di sini adalah sokongan daripada mereka yang ku sayangi dan sikap tidak mudah putus asa perlu aku terapkan dalam diri ku... Dugaan dan cabaran tetap dugaan dan cabaran.. take it or leave it, pembelajaran yang aku belajar semasa umur muda ku membuatkan aku tega dgn dugaan dan cabaran... yg pasti 2 perkara yang pasti aku hadapi sama ada aku gagal atau berjaya itu jer.... apatah lagik pengalaman aku menjadi "PULAU" pada mereka yang mengambil kesempatan atas sifat naif ku dahulu....
utk sayang abg... ini adalah usaha abg.. berilah sokongan pada abg utk masa depan kita bersama2... jagalah emosi dan mental abg supaya abg dapat memberi tumpuan pada usaha2 ini... abg mempercayai apa yg syg abg sedang usahakan... dan percayailah abg tiada langsung niat jahat dalam perhubungan kita ini....
kepada mereka di luar sana yang mengenali diri aku... doa2kan lah supaya kehidupan aku diberkati dan dirahmatiNYA dan segala urusan ku dipermudahkan...
Mohd Roslan Yaacob
11 Mei 2010 : 1130
Monday, May 10, 2010
Monolog - Andai itu TakdirNYA
Andai itu TakdirNYA
aku melihat diriku diserang dalam pelbagai cara, penghinaan dan cacian serta ugutan dilakukan terhadap diriku... sampai mengugat kepercayaan sesorng yang amat aku sayangi... ntahlah... aku tak tahu kenapa ini semua terjadi... ikhlas ku harapkan supaya perkara ini dapat diselesaikan... seikhlas yang ku harapkan supaya dia mempertahankan diriku daripada penghinaan, cacian dan ugutan ini...
perlu kah aku melancarkan peperangan... tidak aku rasa... kerna aku masih percaya dia masih mempercayai aku... tapi jika perkara ini menggugat hubungan yg aku bina seikhlas2 diri ku... pasti aku tidak akan mendiamkan diri....
cukup2lah... aku telah memberi peluang selama ini... dan sesungguhnya hati kecil ini terasa kecewa dengan keadaan ini...
Ya Allah
aku mohon kepadaMU, berilah kekuatan dan semangat kepada diriku, berilah aku hati dan jiwa yang besar dalam menghadapi dugaan dan cabaran ini, berilah aku kesabaran supaya dugaan dan cabaran ini dapat diselesaikan dengan baik... berkatilah dan rahmatilah hubungan aku... berilah aku dan dia kekuatan dalam mengharungi dugaan dan cabaran ini.... berilah dia semangat dan kekuatan untuk mepertahankan diriku daripada penghinaan dan cacian yang ku terima.... sesungguhnya kau MAHA MENGETAHUI... sesungguhnya kau MAHA ADIL... ku bersumpah dengan namaMU... sesungguhnya aku tidak mempunyai niat jahat atau buruk atas mereka yang terlibat dalam dugaan dan cabaran ini... aku mohon kepadaMU, berilah aku jalan dan cara yang paling terbaik supaya dugaan dan cabaran ini dapat diselesaikan.. aku mohon padaMU Ya Allah.. - Amin....
ku harapkan ada sinar cahaya dalam dugaan dan cabaran ini...
"... Sesungguhnya tidak akan kamu berasa gundah walau seketika, jika kamu tahu apa yang kamu CARI...."
Salam
Mohd Roslan Bin Yaacob
10 Mei 2010 : 1200
Wednesday, May 5, 2010
Kurang Selesa
Jika CINTA itu ada... Ikatan itu dilahirkan dengan keikhlasan... maka aku pohon supaya ianya dipertahankan sesungguh-sungguhnya... itu adalah kekuatan dan harapan aku kepada mu...
Salam
Mohd Roslan Bin Yaacob
5 Mei 2010 : 1320
Andai Itu Takdirnya......
Andai itu takdirnya... sebuah novel yang ku baca baru2 ini... nice story... boleh buat jiwa tersentuh sayu dengan pengorbanan seorang wanita/isteri dalam mempertahankan haknya dan juga ketahanan dirinya dalam menyelesaikan konflik soal hati... melihat penderitaan dan pengorbanan yang dilakukan supaya dirinya tidak disalah anggap... melihat penghinaan yang diterima dalam mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang yang bergelar ISTERI kepada SUAMI betul-betul membuat hati ku tersentuh.....
dan andai itu takdirnya bagiku.... aku akan menjadi pemudah cara utk melakukan apa sepatutnya aku lakukan.... luahan kekecewaan seseorang yang amat aku sayangi dan cintai tentang kehadiran diri ini sebentar tadi... ianya tidak dapat aku tafsirkan sama ada ianya lahir seikhlas-ikhlasnya dari hati nuraninya atau disebabkan dipengaruhi emosi yang tidak stabil..... dan luahan ini betul-betul membuat aku terpukul, lemah longlai dan jiwa berkecamuk.....
dan andai itu takdirnya.... aku pasrah... jiwa ini perlu kuat... walaupun aku akui... hati ini tidak pasti aman seumur hidup ku....
Terima Kasih
Mohd Roslan Bin Yaacob
5 Mei 2010 : 0100
Thursday, April 22, 2010
NEVER GIVE UP
".... One day a young lady was driving along with her father.
They came upon a storm, and the young lady asked her father, What should I do?"
He said "keep driving". Cars began to pull over to the side, the storm was getting worse.
"What should I do." The young lady asked?
"Keep driving," her father replied.
On up a few feet, she noticed that eighteen wheelers were also pulling over.
She told her dad, "I must pull over, I can barely see ahead. It is terrible, and everyone is pulling over!"
Her father told her, "Don't give up, just keep driving!"
Now the storm was terrible, but she never stopped driving, and soon she could see a little more clearly. After a couple of miles she was again on dry land, and the sun came out.
Her father said, "Now you can pull over and get out."
She said "But why now?"
He said "When you get out, look back at all the people that gave up and are still in the storm, because you never gave up your storm is now over.
This is a testimony for anyone who is going through "hard times".
Just because everyone else, even the strongest, gives up. You don't have
To...if you keep going, soon your storm will be over and the sun will shine
Upon your face again.
This story touched me! I hope it touched you, too !!!
SOAL
Soal Hati... sesuatu yang tidak dapat diungkapkan dan ditaksirkan dengan mudah.. memerlukan pemerhatian yang jitu dan kesungguhan utk mentaksirkannya... memerlukan pengakuan dan keikhlasan dua2 pihak dalam mengungkapkan apa yang tersirat dalam hati dan perasaan... supaya konflik soal hati ini dapat diselesaikan... dgn baik dan jiwa besar...
Soal Kekeliruan.... membuat sesuatu perkara dan pekerjaan itu tidak menjadi dengan sempurna... perasaan was-was menguasai diri dan keadaan... perasaan ingin tahu apa yang tersirat menjadi keutamaan sehingga hal lain dipinggirkan.... untuk mendapatkan kepastian apa yang perlu dilakukan selepas itu....
Soal Maruah..... tunjang kehidupan... menjadi penilaian pada harga diri dan jatidiri seseorang... usah diusik maruah seseorang... hormati dan pelajarinya agar tidak menimbulkan konflik... segala pertikaian usah diusik maruah seseorang... seolah-olah kita memandang hina kejadian yang diciptaNYA....
Soal Keutamaan.... pemilihan yang mana perlu didahulukan... kepentingan kepada apa dan siapa... objektif mana yang perlu dilaksana dan diselesaikan... menjadi tunjang kepada setiap perkara yang kita lakukan... gagal dalam memastikan keutamaan, kita terumbang-ambing.. umpama kapal dilanda badai tanpa nakhoda.....
Soal Ketahuan.... pastikan apa maklumat yang diterima... dari kedua-dua pihak yang bertelagah... dapatkan kepastian dan penilaian yang baik... kerna setiap perkara yang berlaku itu ada sebab dan penyebabnya... jangan terus membuat rumusan jika tidak mengetahui apa sebenar-benarnya berlaku... umpama diri meletakkan pada tempat yang salah dan condong....
Soal Pemerhatian.... berdiam diri atas kesabaran yang jitu... melihat setiap pilihan dan ruang yang ada untuk bertindak... mempunyai keupayaan untuk melakukan sesuatu berdasarkan maklumat yang diterima... kadangkala boleh bertindak mengundurkan diri supaya konflik yang timbul dapat diredakan... rugi atau untung... mereka yang tahu sahaja apa kerugian atau keuntungan yang diterima...
Soal Penilaian.... melihat segala aspek yang perlu dipertimbangkan... melihat keuntungan atau kerugian yang akan diterima... melihat apa usaha yang boleh dilakukan untuk meminimakan risiko yang mungkin timbul... memerhatikan segala tindak tanduk... menilai semua segi kesan yang diterima...
Soal Penyelesaian... tiada siapa yang boleh mengubah atau mempengaruhi keputusan penyelesaian yang dibuat... penyelesaian diambil atas hak yang hakiki setelah segala-segalanya dipertimbangkan... tiada yang boleh menarik balik setelah penyelesaian dibuat.... ruang dan masa telah diberikan... peluang dan harapan telah diberikan... PENYELESAIAN AKAN DILAKUKAN....
Terima Kasih
aMiruLHaQ
Wednesday, April 21, 2010
"Mara bila keadaan menyebelahi kita, bertahan apabila mendapat kedudukan.. berundur apabila keadaan perlu diselamatkan.."
"...berundur bukan bermakna kalah... berundur untuk menilai situasi dan keadaan... memastikan keperluan dan kemahuan sama ada masih menjadi keutamaan atau tidak... menilai keperluan logistik untuk merencana strategi baru... sama ada perlu mara atau bertahan atau terpaksa melepaskannya..."
Ini Qoute daripada penulisan saya tentang Ibu Pertiwi.. Ingat lagi?
Apabila keadaan tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan diplomasi... Paluan gendang peperangan dan semboyan akan dibunyikan.... Sebagai seorang anggota keselamatan yang berkhidmat dalam bidang ketenteraan walaupun berpangkat Jeneral sekalipun... Peperangan adalah perkara yang paling cuba dielakkan... Tapi perpatah peperangan menyatakan "Jika aku tak bunuh kamu, kamu akan bunuh aku"...
Selalunya pertingkahan dalam menyatakan yang hak akan menyebabkan peperangan ini berlaku, apabila cara diplomasi yang digunakan gagal apabila pihak lagi satu gagal memahami tentang apa yang dituntut adalah bersesuaian atau tidak.... selalunya satu pihak akan cuba membuatkan pihak lagi satu memahami tentang pertingkahan yang wujud tetapi disebabkan sikap tidak ambil peduli, mementingkan diri dan terlalu sombong dengan pegangan yang ada serta tidak dapat menerima hakikat... percaturan secara diplomasi tidak dapat digunakan... Maka jalan yang terakhir, paluan gendang peperangan akan dibunyikan dan semboyan diudarakan....
Keadaan ini berlaku apabila satu pihak melakukan perbuatan provokasi, mengugut dan cuba mencemarkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara... mereka menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk memastikan mereka menang dalam peperangan itu... Satu pihak lagi apabila memikirkan supaya keadaan dapat diredakan, akan menyahut paluan dan semboyan yang dibunyikan dan ia adalah jalan yang terakhir....
Apabila berlakunya peperangan... kita akan melihat pelbagai cara yang di luar jangkaan kita akan muncul... cara dan taktik yang digunakan sememangnya tidak enak dilihat atau diketahui oleh kita... tetapi disebabkan provokasi yang timbul, cara dan taktik ini perlu dilakukan supaya apa yang hak tetap hak... dan mereka yang terlibat dalam peperangan itu juga akan merasa sengsara jiwa dan raga, malah pihak yang tidak terlibat dalam peperangan itu juga akan tertempias dengan bahana peperangan ini...
Memang betul teori mempertahankan kedaulatan dan maruah iaitu ”..Perang penting kepada Negara; soal hidup atau mati; jalan yang menentukan kelangsungan hidup atau kebinasaan..”, tapi bagi saya, seorang panglima perang yang sebetul-betulnya hebat dan dapat memenangi peperangan itu adalah mereka yang dapat "mengalahkan musuh tanpa pertempuran"
Salam
aMiRuLHaQ
Tuesday, April 20, 2010
exhilaration - fear - messed up - insane - standing - responsiblities - pleased - appreciated - understand - thank you
Sunday, April 18, 2010
I'm stay....
I'M STAY.......
I'M STAY......
I'M STAY......
I'M STAY......
I'M STAY......
I'M STAY......
I'M STAY......
I'M STAY.....
I'M STAY.....
Thanks sis
thanks my dear sis... love u too.....
Saturday, April 17, 2010
Temasik
Rindu pada kenalan di sana... terlalu banyak erti kehidupan yang aku belajar di sana... terlalu banyak kenangan aku yang ada di sana....
Azam aku.... tahun ini.... pasti aku ke sana.... pada sesiapa yang telah lama menanti aku di sana... tunggu aku... kali ini pasti... sangat PASTI....
Salam
aBGBell
Terima kasih kak.... nasihat akak betul2 dapat menenangkan jiwa lan... sesungguhnya akak memang mengenali siapa lan... xsia2 perhubungan yang dibina selama 12 tahun nie... lan betul2 menghargai akak.....
Friday, April 16, 2010
Vokal or Melankolik.....
Salam
aBGBell
Dugaan - Jiwa Kacau - Cabaran itu nikmat....
Friday, March 26, 2010
Seminggu Berlalu....
Monday, March 22, 2010
Pertunangan - 19 Mac 2010
Friday, March 19, 2010
Terima Kasih Cinta
Terima Kasih Sayang... terima kasih sayang kerna puas hati dengan hubungan ini.... terima kasih sayang kerna sudi menerima abg...terima kasih sayang kerna mengikhtiraf hubungan ini... terima kasih sayang kerna menyayangi dan menyintai abg... terima kasih sayang kerna membenarkan abg hadir dalam keluarga sayang... Terima kasih semuanya... Love u a lot.....
Wednesday, March 17, 2010
Erti Pertunangan....
Secara ringkas sahaja yer…..
Pertunangan adalah sesuatu perkara adat dalam memberi tanda bahawa sepasang lelaki dan perempuan itu telah diiktiraf perhubungan mereka oleh keluarga masing-masing berdasarkan perhubungan yang dibina oleh lelaki dan perempuan itu atas rasa Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab dan Simpati sebelum ini. Bukannya membenarkan ikatan itu melangkau erti perkahwinan tetapi adalah asas dalam pembentukan persefahaman dalam erti perkahwinan yang bakal dilayari…
Antara tempoh bertunang sebelum ikatan perkahwinan adalah lambang pembentukan maruah dalam mempertahankan sesuatu hak. Ujian dan cabaran pasti ada yang tidak boleh kita elakkan. Setiap perkara perlu diselesaikan dengan hati-hati dengan hati yang besar serta sikap rasional yang tinggi..
Keputusan untuk mengikat tali pertunangan adalah satu keputusan bersama bukan keputusan individu dalam perhubungan itu. Ianya mestilah lahir daripada rasa kepercayaan dan cinta yang abadi pada pasangan kita itu bukannya kerna rasa terpaksa atau untuk tidak melukakan hati seseorng.. Tidak guna kita mengorbankan diri dan perasaan kita hanya kerna itu kerna sesorng itu boleh mengetahui apa yg kita mahukan dan sesungguhnya perkara itu akan lebih melukakan hati dan perasaan sesorng itu apabila ianya tidak menjadi seperti apa yg kita rancangkan setelah ikatan pertunangan itu terjalin…
Bukan mudah sesorng itu mengambil tanggungjawab untuk menerima ikatan pertunangan.. ianya diambil setelah menilai setiap aspek yang ada dalam hubungan yang dibina sebelum itu.. selalunya salah seorang pasangan akan menyatakan hasrat hatinya untuk lebih bertanggungjawab dalam perhubungan yang ada sebelum ini dan seorang lagi akan menerima atas dasar rasa yang sama kerna percaya kepada perhubungannya itu… tetapi jika disebaliknya, orng yang menerima haruslah menjalankan tanggungjawab dan peranannya untuk menidakkan ikatan ini daripada terus berlaku agar semua pihak terutama keluarga tidak terluka dengan apa yang berlaku… kerna masa itu masih ada….
Jika keputusan pertunangan ini sememangnya diambil dengan keikhlasan sepenuh hati, layarinya dengan penuh tanggungjawab dan menjagai maruah kedua2 pihak dan keluarga… setiap permasalahan yang timbul dalam tempoh ini anggaplah sebagai cabaran untuk diselesaikan dengan sebaik mungkin kerna itu adalah ujian untuk ikatan perkahwinan yang akan dilayari… Sesungguhnya setiap perkara itu ada penyelesaian…
Sesungguhnya pertunangan itu adalah kunci kepada alam perkahwinan, pengiktirafan kepada perhubungan yang dibina…..
Salam….
Sebuah Tingkap
AKU TAHU, KAU PUN TAHU
AKU TAHU, KAU TIDAK TAHU
AKU TIDAK TAHU, KAU TAHU
AKU TIDAK TAHU, KAU PUN TIDAK TAHU......
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...........
adalah lebih mudah kita memberitahu dan menjadi vokal pada sesuatu perkara yang menyebabkan kita merasakan serba salah atau tidak tahu apa yang perlu kita lakukan... mungkin pada orng yg kita beritahu itu akan menjadi pemudah cara kepada kita dalam menyelesaikannya.......
Salam........
Tuesday, March 16, 2010
Kuala Lumpur Trip 12hb - 15hb
Dan yang paling best... Ilmu "Pemikiran Bawah Sedar" aku kembali semula hehehe, tak sia2 "Tok Guru" aku turun kat Banting ari tu hehe... tak leh tahan aku nak tergelak melihat mereka2 yang cuba cover line hahaha dgn eksperasi muka dan tubuh badan yg leh buat senang terkantoi :D... takpe, no hard feeling pun... setiap perkara ada sebab dan munasabnya mengapa ianya berlaku kan kan.... dan kadang-kala kita ter'paksa'... tak per lah.... hati ini besar tapi aku juga mengharapkan utk mendengar perkataan MAAF, besar maknanya tu :)
dan hari2 seterusnya minggu ini pulak... 2 ujian besar akan aku tempuhi... dua hari berturut2 lak tu... 18hb dan 19hb... sama ada aku dapat harungi atau tidak, lulus atau tidak... aku serah pada Allah SWT... aku telah berusaha sebaik2 mgkin untuk menyediakan persiapan yang sepatutnya... jika ianya lain seperti apa yang dirancang, aku redha dan kehidupan perlu diteruskan dan tak salah kita berundur untuk menilai semula keadaan... ambilnya sebagai pengajaran dan pengalaman serta lakukan pembetulan... Seperti pesan sesorng yang hampir dengan jiwa aku "dah lama sgt kau hanya nak membahagiakan orang lain, tapi kau terlupa tentang kebahagian diri kau sendiri... then it's the time to be sellfish... do what u think is the best" ....
Salam.....
Wednesday, February 17, 2010
Hari Lahir...... Terima Kasih
Wednesday, February 3, 2010
Janji..............
Thursday, January 28, 2010
- Jangan Pisahkan
~~ Tak kan goyah... sumpah ku pada diri mu...
~~~ Jangan pisah kan... aku dan dia....
~~~ Tuhan tolong lah.... ku cinta dia..
~~~ Biarkan kami... tetap bersama....Suka dan duka.....
- Kita ditakdirkan jatuh cinta
kau dan Aku....
sudah ditakdirkan bertemu...
dan...
tiba-tiba kita jatuh cinta....
Biar.... apa pun terjadi...
aku... harap kau tabah...
Friday, January 22, 2010
Thursday, January 21, 2010
Just a Quote
Saturday, January 16, 2010
Sebuah Cerita - -
"....Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.
Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian ....."
Thursday, January 14, 2010
myMetro | Hukum sertai Facebook
hehe... aku godeh2 nak link paper dalam blog aku... menjadi gak hehe
salam
Monday, January 11, 2010
- Ku Tahu Hatimu Terluka
Pulang sayang... pulang pada ku~~~
aku rindu... kasih sayang mu~~~
kini aku menyedari... bertapa setia cinta pada ku~~~
ku berjanji... pada diri mu~~
tak kan aku mengulanginya~~
kini aku... menyedari... bertapa setia cinta pada ku~~
Ku tahu hati mu sedang terluka~~
dan aku merasa bersalah~~~
namun berikan kesempatan~~~
untuk menyambung percintaan~~~
sambil merawat luka hatimu~~~
yang telah aku tinggalkan dulu~~~
semoga terubat...... lukamu~~~
aku berjanji... pada diri mu~~
tak kan aku... mengulanginya~~
kini aku... menyedari~~~
bertapa setia cinta pada ku~~
Ku tahu hati mu sedang terluka~~
dan aku merasa bersalah~~
namun berikan kesempatan~~~
untuk menyambung percintaan~~
sambil merawat luka hatimu~~
yang telah aku tinggalkan dulu~~
semoga terubat lukamu~~
semoga terubat lukamu~~~
Tuesday, January 5, 2010
- Teman
~~ Sejak mula pertemuan itu...
aku melonjak terkenangkan mu...
~~ Apa kau rasa apa yang ku rasa kan...
mungkin ini satu permulaan....
~~ Tak ku menduga cinta yang ku cari selama ini...
dikaburi wajah-wajah yang tiada ertinya sayang....
~~ Hadir di sisi tanpa harap belas dan perhatian...
Namun kau pasti hadir di situ saat ku perlukan.....
Friday, January 1, 2010
- MAHAKARYA CINTA
~~...Temanilah ku semula...~~
~~.. Tanpa mu ku lemah... pasti aku tak berdaya..~~
~~... Kerna Kau Mahakarya Cinta...~~
Terima lah pesanan daku... Yang masih akan menunggu...
Thanks Mama - Ucapan Bermakna Tahun 2010
Selamat Tahun Baru 2010
"...Agi Idup Agi Ngelaban.."
My 2010 Goal
Commitment






