Latihan Menembak Tahun 2009 pada bulan Julai 2009 di Lapang Sasar Kelab Menembak Pulau Pinang...
14/15 sasaran mengena.. satu miss sebab peluh masuk mata huhuhu...
Salam
"......Sesungguhnya tidak akan kamu berasa gundah walau seketika jika kamu tahu apa yang kamu CARI....."
Thursday, December 31, 2009
Latihan Menembak
Wednesday, December 30, 2009
- SEROJA
lagu lama.. dicipta sebelum aku dilahirkan..
Pertama kali mendengarnya pada usia aku 14 tahun.. di hutan lipur bukit panchur, Nibong Tebal... Lagu ini diulang-ulang dalam program yang aku sertai dan ianya mengubah pandangan aku tentang kehidupan......
Salam
Salam
Di Sudut Kamar Hatiku l Jamal Abdillah
~~~.... Sepi dunia didalam riuh rendahnya...
Pedih jiwa ku tanggung derita...
Patah hati ku kekesalan tiada terhingga...
kau satu dalam berjuta... ~~~
- SENDIRI - Kembali berlaku?
~~ Sendiri
menempuh hidup... tiada berayah tiada beribu....
Sendiri... aku berjalan... tiada harta menjadi bekalanku...
Belum pernah ku kesali hidupku... lahir ke dunia pun begitu...
Suka duka ku tanggung sendiri... dengan ketabahan hati....~~~
Monday, December 28, 2009
- Kembali Terjalin
~~... andainya disitu ada ruang.... boleh kah kiranya ku menumpang... andai disitu ada sisa kemaafan... maafkan diri ini yang pernah melukakan........ beri lah aku kesempatan... akan ku buktikan keikhlasan...~~
KEJAM SUATU MONOLOG MEMBERI PELUANG
Suatu monolog.....
Satu lemparan....
“.. awak kejam terhadap saya... awak tidak memikirkan kesannya pada saya.. awak menyebabkan sy benci kepada awk... saya benci apa yang awak buat kat saya... jangan campuri HAL PERIBADI SAYA...”
Satu jawapan....
“... awak.. mungkin perbuatan saya kejam... saya telah fikirkan kesannya.. baik buruknya perbuatan saya itu.... perkara ini dah lama dah saya tahu, sejak saya mula kenal awak... tapi jika saya mendiamkan diri, saya tidak sanggup melihat awak berbohong selama-lamanya kepada saya dan saya juga tidak sanggup nama awak, maruah awak dan diri awak dipermain-mainkan, sebab ini dinyanyi-nyanyikan selama ini tentang awak sejak saya kenal awak, mungkin awak tidak nampak, tapi saya nampak hal ini... bukan saya tidak percaya kepada kemampuan awak.. saya percaya sangat-sangat kepada kemampuan dan perancangan awak.. saya hanya memberitahu sahaja perkara itu, bukan untuk saya bertindak disebaliknya.... sebab itu hati dan jiwa saya besar serta terbuka apabila mengetahuinya dan patutnya saya marah tapi tidak, ,malah saya merayu kepada awak... kerna saya percaya apa yang awak lakukan ada sesuatu disebaliknya... apa yang saya lakukan adalah ikhlas kerna awak, percaya dalam diri awak ada saya...”
Kadang kala kita terpaksa berlaku kejam terhadap sesuatu perkara hanya untuk sesuatu kepentingan.. betul ke? Sebenarnya tidak... tiada istilah kejam, tapi pandangan semasa menerima perkara itu yang mana kita tidak sangka atau tidak mengikut kehendak kita, kita merasakan perkara itu seolah-olah mencabar kita.. kebenaran yang membuatkan seseorang itu menangis adalah lebih baik daripada penipuan yang membuatkan seseorang itu ketawa... (http://abgbell2u.blogspot.com/2009/11/kebenaran-yg-membuatkan-seseorg-itu.html).
Perhatikan bagaimana seseorang itu menyampaikan sesuatu perkara kepada kita.. beri peluang kepadanya untuk menerangkan dan memterjemahkan perbuatannya dan tafsirkannya dengan pandangan yang positif bukan pandangan yang negatif.. jangan hanya lihat setitik dakwat hitam di atas sekeping kanvas putih.. bukan terus menyangka sesorang itu mencabar diri kita kerana setiap apa yang berlaku mempunyai sebab ianya dilakukan.. bagi mereka yang mempunyai hati dan jiwa yang besar yang menghormati diri kita, setiap apa yang dilakukan mempunyai niat yang ikhlas untuk kebaikan kita.. Berilah peluang..
Bagi saya setiap kesilapan itu tidak akan menjadi satu kesalahan jika kita memperbetulkannya... masih ada peluang untuk kita walau siapa pun diri kita... beri lah peluang kepada seseorang memberitahu yang betul dan benar... sesungguhnya seseorang itu tidak sengaja untuk berlaku kejam terhadap kita... tiada siapa pun yang sengaja kejam terhadap kita....
Salam
"...mengharapkan peluang..."
Saturday, December 26, 2009
Tiada Tajuk
“....Dalam sebuah tasik yang sangat luas dan indah, sekumpulan teratai mati terbakar sedangkan ia tumbuh di atas air...”
Friday, December 25, 2009
Suci Dalam Debu
~~ engkau bagai air yang jernih...
di dalam bekas yang berdebu....
zahir nya kotoran itu terlihat....
kesucian terlindung jua...~~~
Cinderella ku......
ku cari damai dihati
~~ mengapa kah tergamak sungguh
memperdayakan harapan ini...
tunas kasih ku semai... racun berbisa kau sirami..
beginikah balasan cinta... manis kata dibibir sahaja..
lembut lidah mengukir janji... segunung mimpi berkecai kini...
sesalan tidak berucap... bila kau berubah sikap...
ku sedar siapa diri ku... kau buat tempat berteduh...
semoga kau bahagia... ~~~~
Hampa
"... terlupa kah kau pada janji mu..."
"... kau pandai mengusik kau pandai menggoda..."
"... apakah ertinya ucapan manis mu merindui ku..."
"... mungkin hanya aku membiarkan mu menipu diriku..."
"... kerna pada hakikatnya diri ku kau persenda..."
"... aku hanya insan biasa..."
"... lemah pada rayuan manja..."
"... terlena dibuai mesra..."
"... ku pohon kau ubatilah rinduku..."
"... biar kasih menyiksa jiwa..."
"... biar ku mengemis cinta..."
"... Kerna sejak mula diri ku yang tergoda..."
Wednesday, December 23, 2009
Berani Buat Berani Tanggung
“... Penyataan yang melambangkan keberanian seseorang dalam menerima satu tanggungjawab atas perkara yang dilakukan atau telah berlaku... nak kata angkuh pun boleh nak kata berlagak pun boleh... tetapi apabila seseorng itu mengeluarkan penyataan ini bererti dia memahami risiko dan berani menanggung risiko tersebut....
Untuk berpegang atau mengeluarkan kenyataan seperti ini memerlukan 2 faktor untuk menyokong penyataan “Berani Buat Berani Tanggung” agar kenyatan yang kita buat ini tidak diketawakan atau dimanipulasikan oleh seseorang yang berniat songsang untuk mengenakan kita secara langsung atau tidak langsung atas kemegahan kita pada frasa “Berani Buat Berani Tanggung”...
Faktor pertama adalah kita boleh lah membezakan antara baik dan buruk, benar atau tipu, kejujuran atau pengkhianatan... faktor ini penting kerana dari sini kita boleh menilai sesuatu perbuatan yang kita lakukan tu berasas atau tidak atau merugikan diri kita sendiri.. Pengalaman yang ada patutlah dibuat sebagai pengajaran..
Faktor kedua yang perlu untuk menyokong kenyataan ini adalah kemampuan kita membuat keputusan... faktor ini amat penting kerana setiap perkara yang kita lakukan kita perlu bertanggungjawab dengan andaian setiap maklumat kita telah menganalisanya dengan sebaik-baiknya sebelum kita melakukannya dan dapat menjangkakan apa yang perlu kita lakukan atas kesan daripada perbuatan kita.. Ini kerana faktor ini yang menentukan sama ada apa yang kita buat tu adakah mampu atau tidak kita tanggung risikonya...”
Ntah lah... ramai orang mengeluarkan kata2 ini... aku tanya betul ke berani buat berani tanggung... sbb bagi apa yg aku belajar.. orng yg berani buat berani tanggung tidak akan gelisah atau pun serabut dengan apa yang dia lakukan... bermakna dia mengetahui apa yg dia lakukan... bagi anda yg di luar sana mengatakan bahawa anda berani buat berani tanggung... renung2kan lah ok...
Salam
Sejiwa
"....Kasihku kau pernah dipersia
lalu ku bawa cinta ku
sebagai penawarnya..."
For u my cinderella.......
Hanya Nyanyian Dalam Sepi
"...Cintailah Dirinya Kerna Dia lebih sempurna
Apalah yang ada pada ku
Hanya lah nyanyian dalam sepi..."
Version Asal dinyanyikan oleh Chris Vadham
Godeh2 blog hehe
Hari ini membuhsankan... sejak 2menjak aku deactivatekan semua social network, tak dapat aku nak sharing vid lagu2 yg aku rasa best.. medium yg ada just blog aku nie ajer... so aku godeh2 dan berjaya juga aku upload vid lagu hehehe....
so ada lagik 2 penulisan aku.. bertajuk:
1) Gadis Touch n Go
2) Berani Buat Berani Tanggung
insyallah, akan aku upload sebelum tahun baru ini....
Salam...
Tuesday, December 22, 2009
Berita Mengejutkan
Hari ini memang memenatkan....... baru balik buka khemah orang kenduri tertiba dapat call dari seorang hamba Allah kenalan lama dari zaman aku belajar, mengadu masalahnya dan memohon pertolongan dari aku... Memang berat masalahnya, yang boleh menjejaskan masa depan dan maruah diri nya serta keluarganya...
Walau aku letih buka khemah kenduri, terus aku ke opis aku untuk melihat pilihan yang ada dan email dari sahabat aku tu... melihat apa yang dihantarnya... aduh... terkedu dan menggigil serta gementar jiwa aku melihat email yang dihantar... perkara ini kalau disebarkan atau tersebar pasti akan menyebabkan sahabat aku tak boleh nak hidup jika perhubungan mereka ini berakhir dan seseorang itu berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya itu...
Untuk sahabat aku tu... ini pesanan aku...atas perhubungan kita yang lama ini dan kau pernah menolong aku semasa aku jatuh dulu.... " Aku sentiasa ada untuk kau... jatuh bangun kau, aku tidak akan lari.. aku akan bantu kau menggunakan segala apa yang aku tahu dan kenal untuk mempertahankan maruah diri kau.. ingat AKU ADA "
Nasihat aku kepada mereka2 yang diluar tu... berhati2 lah dengan sesorng yang belum tahu ikhlas atau tidak dengan kita... jangan menyerah segala2nya atas rasa cinta..... kerna kita tidak tahu bagaimana seseorang itu memandang dan memikirkan tentang diri kita....
Bagi yang terjebak... pasti ada seseorang itu akan bersama-sama dengan kamu, jangan risau... “... Setiap kesilapan itu tidak akan menjadi satu kesalahan, jika kita mahu memperbetulkannya..”
Pesanan aku... hadapi dengan tabah, jangan disimpan masalah itu, selesaikan satu persatu dan percayalah ada sesorang akan bersama-sama kita... bersama-sama menyelesaikannya untuk kita... bersama-sama jatuh bangun kita sebab dia PERCAYA kepada kita dan mempunyai hati yang besar... hanya suarakan kepada seseorang itu, dia pasti bertindak untuk kita dan percayakan beliau... mungkin seseorang itu berada dihadapan kita...
“....Dunia-dunia... berbagai-bagai...”
Salam.......
Keikhlasan
“..... Manusia tidak mampu untuk berlaku jujur sebenar2nya.. dalam perhubungan, pekerjaan dan komunikasi adalah amat sukar bagi manusia untuk berlaku jujur.... tetapi apabila manusia itu ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan , sesuatu pekerjaan itu akan dipermudahkan kepadanya.. dan kadangkala keikhlasan yang diberinya pasti akan memberikan maklumat disebalik pekerjaannya yang menunjukkan kepada sipelakunya supaya berhati2 dan menimbang pelbagai aspek....
Perkara ini selalu berlaku pada aku.... apabila aku memberi keikhlasan dalam sesuatu pekerjaan pasti aku akan menerima maklumat disebalik setiap pekerjaan yg aku lakukan tanpa aku pinta.... kadangkala ianya manis dan kadangkala ianya pahit umpama hempedu sehingga membuatkan diri ini bergementar... tapi Alhamdulillah... ilmu yg ada dan pengalaman yg ada membuatkan aku lebih memahami dan rasional dalam menerima perkara2 tersebut....
Bagi aku mudah... Setiap kesilapan tidak akan menjadi satu kesalahan jika kita hendak mengubahnya... perkara2 yang menimbulkan kekeliruan dan kemarahan serta kekecewaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu perlu dihadapi dengan hati yang besar walaupun perkara2 itu boleh membuatkan kita rasa kecewa.... percaya lah setiap manusia mempunyai hak untuk berubah....”
Itu adalah ngomel seorang kawan aku hehehe.... bila dah senang akan aku nak ulas apa yang dingomelkan ini...
Salam
Thursday, December 17, 2009
10 Soalan Kekacauan Jiwa hehe
2nd tanya diri........ boleh kan hubungan ini memberi kepastian dan jaminan masa depan dan skrang
3rd tanya diri ....... adakah kesesuaian itu ada
4th tanya diri... adakah peluang yg akan diberi nanti akan dipergunakan dengan baik oleh kedua2nya
5th tanya diri....... adakah si polan menunggu sesuatu yang si polan mengharapkan tetapi belum pasti yg menyebabkan si polan lambat membuat keputusan
6th tanya diri...... apakah pengorbanan dan tanggungjawab yang mungkin berlaku disini dan bagaimana si polan nak menganalisisnya lagik
7th tanya diri..... adakah si polan berani bermain risiko dalam perhubungan dan adakah si polan tahu bagaimana nak overcome sesuatu perkara jika apa yg dirancangkan berlaku yg sebaliknya
8th tanya diri........ adakah hubungan itu akan memberi kepuasan kedua2 pihak sehingga mencapai matlamat perhubungan
9th tanya diri..... apa ujian atau analisa yg dapat memberi kepastian kepada si polan yg si dia itu betul2 ikhlas pada si polan
10th tanya diri........ dapatkan pandangan keluarga atau mak ayah dulu jika si polan mendapati si dia betul2 ikhlas utk menerima dan membimbing
hehehe... seseorang bertanya... Tok Guru aku menjawab..
Salam
APA ITU PERKAHWINAN?
Terkedu gak aku nak menjawap sebab aku pun bujang lagi hehe.. tapi jawapan lazimnya ialah ikatan lelaki dan perempuan dalam berkongsi hidup zahir dan batin yang disahkan oleh agama dan perundangan Negara untuk memenuhi tuntutan agama, komitmen kepada pasangan, memenuhi keperluan biologi (bahasa kasarnya seks), mendapatkan zuriat, mengelakkan fitnah dan maksiat..
Tapikan kenapa dalam konsep berkongsi kehidupan zahir dan batin ini, kita melihat pelbagai perkara yang menakutkan dan menjijikkan berlaku sehingga meruntuhkan perkahwinan itu. Kehadiran orang ketiga (kekasih gelap), hilang kepercayaan, faktor kewangan, nafsu, hasutan fitnah dan macam-macam lagi menyebabkan konsep perkahwinan itu menjadi songsang..
Tiba-tiba aku teringat pesan Tok Guru aku:
“...PERKAHWINAN itu adalah ikatan antara tanggungjawab dan pengorbanan – tanggungjawab dari seseorang lelaki dan pengorbanan seseorang wanita yang mana kedua-duanya berani mengambil risiko untuk melayari bahtera perkongsian kehidupan bersama-sama dengan masing-masing mempunyai budaya yang berbeza dan meninggalkan kebiasaan yang lazim...”
Pengorbanan – apabila seseorang wanita mengambil keputusan untuk menerima perkahwinan dalam kehidupan mereka, mereka telah membuat satu pengorbanan yang besar. Menerima satu budaya baru yang berlainan dalam kehidupan mereka dan cuba menyesuaikan budaya itu dengan kehidupan mereka serta meninggalkan segala impian dan harapan mereka. Mereka meninggalkan kenangan cinta mereka, karier mereka dan tanggungjawab terhadap keluarga mereka serta cita-cita mereka hanya untuk menyesuaikan diri serta menyelesakan diri mereka dengan seseorang lelaki yang kahwini yang mana mereka tidak sepenuhnya mengenali lelaki tersebut walaupun perkahwinan itu atas dasar cinta sama cinta..
Tanggungjawab – apabila seseorang lelaki mengambil keputusan untuk menerima perkahwinan dengan seseorang wanita, mereka ini telah sanggup menerima tanggungjawab dalam memberi perlindungan dan keselamatan kehidupan wanita itu dalam semua segi. Bagi seseorang lelaki, mereka haruslah memahami pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang wanita dalam menerima seseorang lelaki sebagai suami mereka. Tanggungjawab lelaki bukan hanyalah terhad kepada nafkah zahir batin tetapi juga kepada perasaan seseorang wanita tersebut. .
Untuk memastikan sesuatu perkahwinan itu menjadi lancar, pasangan yang berkahwin perlu lah bertolak ansur dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan budaya dan kebiasaan lazim pasangan masing-masing..
Salam
Sombong ke?
Ada orang kata ayat2 nie menyombong, berlagak, berhidung tinggi... Sebenarnya ayat2 itu adalah satu simbolik sahaja..... Ini adalah rasionalnya?
Seseorang itu betul-betul menyintai anda?
Betul ke ini yang anda rasa?
1) Diri anda akan dipertahankan...
2) Diri anda akan diberi keutamaan...
3) Diri anda diambil berat...
4) Diri anda mendapat layanan yg baik...
5) Diri anda menjadi tanggungjawabnya...
6) Diri anda menjadi pilihannya dalam melakukan sesuatu keputusan...
7) Diri anda tidak akan diserabutkan dengan sesuatu perkara...
8) Diri anda dihormati...
9) Diri anda tidak dipersia-siakan...
10) Diri anda tidak dijanjikan atau diomong2kan dengan perkara yang diada2kan..
ini adalah antara2nya... Cermin2kan diri anda, adakah anda betul2 dicintai.....
.....................................................................................
Ada seseorang pasif follower blog saya nie menyatakan saya terlalu membincangkan soal hati dan cinta... Untuk pengetahuan, saya menulis atas permintaan untuk saya menterjemahkan sesuatu persoalan pada pertanyaan rakan2 saya.. Pasif follower tersebut mencadangkan kepada saya untuk mempelbagaikan isu2 untuk dibincangkan dan menggunakan pengetahuan yang saya ada... Oleh itu saya akan mengurangkan soal hati dan cinta ini dan mempelbagaikan isu2 yang akan saya menulis nanti....
Salam