Thursday, December 17, 2009

Sombong ke?

"... lautan dalam jangan diduga, jika kail panjang sejengkal, jika ilmu kurang didada nescaya kelemasan..." "... tak salah meninggi diri... jika tahu mana nya langit dijunjung, mana nya letak bumi dipijak... tak kan helang berterbang tinggi..."


Ada orang kata ayat2 nie menyombong, berlagak, berhidung tinggi... Sebenarnya ayat2 itu adalah satu simbolik sahaja..... Ini adalah rasionalnya?


Setiap orang mempunyai asas yang berlainan dalam kehidupan mereka yang membentuk keperibadian dan pegangan mereka dalam kepercayaan meneruskan kelangsungan kehidupan untuk mencapai kedudukan yang ingin dikecapi. Saya masih ingat lagi kata2 seorang bekas pegawai polis dalam Cawangan Khas berpangkat ACP dan semasa saya mengikuti latihan kepimpinan dengan pasukan tentera... berikut kata2 mereka:

"..... Kamu adalah seorang Pegawai... berlagak sebagai seorang Pegawai... bekerja sebagai seorang Pegawai... berfikir sebagai seorang Pegawai... berpakaian sebagai seorang Pegawai... jalan sebagai seorang Pegawai... makan sebagai seorang Pegawai.. malah tidur pun sebagai seorang Pegawai.... kerana kamu telah dibentuk untuk menjadi Pemimpin yang sanggup mengambil risiko dalam melakukan sesuatu perkara..."


Jadi tiadanya bermaksud untuk meninggi diri... ini adalah pembentukkan jati diri dan pembawaan diri... walaupun dari kasarnya nampak seperti berlagak dan meninggi diri, mereka yg mengamalkannya tahu di mana letaknya situasi keadaan mereka....


Jika kita rujuk buku2 motivasi dan pembentukkan jati diri antara seperti Over The Top oleh Zig Ziglar, The Magic of Thinking BIG oleh David J.Schwart, Sun Tzu's The Art of War dan lain-lain lagi, kita akan melihat bagaimana pembawaan diri dalam sesuatu situasi dalam menimbulkan suasana positif dalam perhubungan, komunikasi dan masyarakat serta seni2 dalam mempengaruhi, kita akan melihat bagaimana ayat2 nie diamplikasikan..


Yang penting di sini... adalah ilmu yang kita dapat... dan bagaimana kita menggunakannya... bukan bersikap sembrono dalam menyatakan sesuatu yg kita tidak fahami...


Salam

No comments: