Monday, December 28, 2009

KEJAM SUATU MONOLOG MEMBERI PELUANG

2812091130 – Pejabat – Kejam

Suatu monolog.....

Satu lemparan....

“.. awak kejam terhadap saya... awak tidak memikirkan kesannya pada saya.. awak menyebabkan sy benci kepada awk... saya benci apa yang awak buat kat saya... jangan campuri HAL PERIBADI SAYA...”

Satu jawapan....

“... awak.. mungkin perbuatan saya kejam... saya telah fikirkan kesannya.. baik buruknya perbuatan saya itu.... perkara ini dah lama dah saya tahu, sejak saya mula kenal awak... tapi jika saya mendiamkan diri, saya tidak sanggup melihat awak berbohong selama-lamanya kepada saya dan saya juga tidak sanggup nama awak, maruah awak dan diri awak dipermain-mainkan, sebab ini dinyanyi-nyanyikan selama ini tentang awak sejak saya kenal awak, mungkin awak tidak nampak, tapi saya nampak hal ini... bukan saya tidak percaya kepada kemampuan awak.. saya percaya sangat-sangat kepada kemampuan dan perancangan awak.. saya hanya memberitahu sahaja perkara itu, bukan untuk saya bertindak disebaliknya.... sebab itu hati dan jiwa saya besar serta terbuka apabila mengetahuinya dan patutnya saya marah tapi tidak, ,malah saya merayu kepada awak... kerna saya percaya apa yang awak lakukan ada sesuatu disebaliknya... apa yang saya lakukan adalah ikhlas kerna awak, percaya dalam diri awak ada saya...”

Kadang kala kita terpaksa berlaku kejam terhadap sesuatu perkara hanya untuk sesuatu kepentingan.. betul ke? Sebenarnya tidak... tiada istilah kejam, tapi pandangan semasa menerima perkara itu yang mana kita tidak sangka atau tidak mengikut kehendak kita, kita merasakan perkara itu seolah-olah mencabar kita.. kebenaran yang membuatkan seseorang itu menangis adalah lebih baik daripada penipuan yang membuatkan seseorang itu ketawa... (http://abgbell2u.blogspot.com/2009/11/kebenaran-yg-membuatkan-seseorg-itu.html).

Perhatikan bagaimana seseorang itu menyampaikan sesuatu perkara kepada kita.. beri peluang kepadanya untuk menerangkan dan memterjemahkan perbuatannya dan tafsirkannya dengan pandangan yang positif bukan pandangan yang negatif.. jangan hanya lihat setitik dakwat hitam di atas sekeping kanvas putih.. bukan terus menyangka sesorang itu mencabar diri kita kerana setiap apa yang berlaku mempunyai sebab ianya dilakukan.. bagi mereka yang mempunyai hati dan jiwa yang besar yang menghormati diri kita, setiap apa yang dilakukan mempunyai niat yang ikhlas untuk kebaikan kita.. Berilah peluang..

Bagi saya setiap kesilapan itu tidak akan menjadi satu kesalahan jika kita memperbetulkannya... masih ada peluang untuk kita walau siapa pun diri kita... beri lah peluang kepada seseorang memberitahu yang betul dan benar... sesungguhnya seseorang itu tidak sengaja untuk berlaku kejam terhadap kita... tiada siapa pun yang sengaja kejam terhadap kita....

Salam

"...mengharapkan peluang..."

No comments: