Thursday, December 17, 2009

APA ITU PERKAHWINAN?

Seorang member aku yang bujang buang tabiat bertanya? Kemaruk kot nak kawin mamat ini hehe...

Terkedu gak aku nak menjawap sebab aku pun bujang lagi hehe.. tapi jawapan lazimnya ialah ikatan lelaki dan perempuan dalam berkongsi hidup zahir dan batin yang disahkan oleh agama dan perundangan Negara untuk memenuhi tuntutan agama, komitmen kepada pasangan, memenuhi keperluan biologi (bahasa kasarnya seks), mendapatkan zuriat, mengelakkan fitnah dan maksiat..

Tapikan kenapa dalam konsep berkongsi kehidupan zahir dan batin ini, kita melihat pelbagai perkara yang menakutkan dan menjijikkan berlaku sehingga meruntuhkan perkahwinan itu. Kehadiran orang ketiga (kekasih gelap), hilang kepercayaan, faktor kewangan, nafsu, hasutan fitnah dan macam-macam lagi menyebabkan konsep perkahwinan itu menjadi songsang..

Tiba-tiba aku teringat pesan Tok Guru aku:

“...PERKAHWINAN itu adalah ikatan antara tanggungjawab dan pengorbanan – tanggungjawab dari seseorang lelaki dan pengorbanan seseorang wanita yang mana kedua-duanya berani mengambil risiko untuk melayari bahtera perkongsian kehidupan bersama-sama dengan masing-masing mempunyai budaya yang berbeza dan meninggalkan kebiasaan yang lazim...”

Pengorbanan – apabila seseorang wanita mengambil keputusan untuk menerima perkahwinan dalam kehidupan mereka, mereka telah membuat satu pengorbanan yang besar. Menerima satu budaya baru yang berlainan dalam kehidupan mereka dan cuba menyesuaikan budaya itu dengan kehidupan mereka serta meninggalkan segala impian dan harapan mereka. Mereka meninggalkan kenangan cinta mereka, karier mereka dan tanggungjawab terhadap keluarga mereka serta cita-cita mereka hanya untuk menyesuaikan diri serta menyelesakan diri mereka dengan seseorang lelaki yang kahwini yang mana mereka tidak sepenuhnya mengenali lelaki tersebut walaupun perkahwinan itu atas dasar cinta sama cinta..

Tanggungjawab – apabila seseorang lelaki mengambil keputusan untuk menerima perkahwinan dengan seseorang wanita, mereka ini telah sanggup menerima tanggungjawab dalam memberi perlindungan dan keselamatan kehidupan wanita itu dalam semua segi. Bagi seseorang lelaki, mereka haruslah memahami pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang wanita dalam menerima seseorang lelaki sebagai suami mereka. Tanggungjawab lelaki bukan hanyalah terhad kepada nafkah zahir batin tetapi juga kepada perasaan seseorang wanita tersebut. .

Untuk memastikan sesuatu perkahwinan itu menjadi lancar, pasangan yang berkahwin perlu lah bertolak ansur dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan budaya dan kebiasaan lazim pasangan masing-masing..

Salam

No comments: