Tuesday, December 22, 2009

Berita Mengejutkan

221209 – 0001 – Pejabat – Berita Mengejutkan

Hari ini memang memenatkan....... baru balik buka khemah orang kenduri tertiba dapat call dari seorang hamba Allah kenalan lama dari zaman aku belajar, mengadu masalahnya dan memohon pertolongan dari aku... Memang berat masalahnya, yang boleh menjejaskan masa depan dan maruah diri nya serta keluarganya...

Walau aku letih buka khemah kenduri, terus aku ke opis aku untuk melihat pilihan yang ada dan email dari sahabat aku tu... melihat apa yang dihantarnya... aduh... terkedu dan menggigil serta gementar jiwa aku melihat email yang dihantar... perkara ini kalau disebarkan atau tersebar pasti akan menyebabkan sahabat aku tak boleh nak hidup jika perhubungan mereka ini berakhir dan seseorang itu berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya itu...

Untuk sahabat aku tu... ini pesanan aku...atas perhubungan kita yang lama ini dan kau pernah menolong aku semasa aku jatuh dulu.... " Aku sentiasa ada untuk kau... jatuh bangun kau, aku tidak akan lari.. aku akan bantu kau menggunakan segala apa yang aku tahu dan kenal untuk mempertahankan maruah diri kau.. ingat AKU ADA "

Nasihat aku kepada mereka2 yang diluar tu... berhati2 lah dengan sesorng yang belum tahu ikhlas atau tidak dengan kita... jangan menyerah segala2nya atas rasa cinta..... kerna kita tidak tahu bagaimana seseorang itu memandang dan memikirkan tentang diri kita....

Bagi yang terjebak... pasti ada seseorang itu akan bersama-sama dengan kamu, jangan risau... “... Setiap kesilapan itu tidak akan menjadi satu kesalahan, jika kita mahu memperbetulkannya..”

Pesanan aku... hadapi dengan tabah, jangan disimpan masalah itu, selesaikan satu persatu dan percayalah ada sesorang akan bersama-sama kita... bersama-sama menyelesaikannya untuk kita... bersama-sama jatuh bangun kita sebab dia PERCAYA kepada kita dan mempunyai hati yang besar... hanya suarakan kepada seseorang itu, dia pasti bertindak untuk kita dan percayakan beliau... mungkin seseorang itu berada dihadapan kita...

“....Dunia-dunia... berbagai-bagai...”

Salam.......

No comments: