Wednesday, December 23, 2009

Berani Buat Berani Tanggung

2312091630 – Pejabat – Berani Buat Berani Tanggung.....

“... Penyataan yang melambangkan keberanian seseorang dalam menerima satu tanggungjawab atas perkara yang dilakukan atau telah berlaku... nak kata angkuh pun boleh nak kata berlagak pun boleh... tetapi apabila seseorng itu mengeluarkan penyataan ini bererti dia memahami risiko dan berani menanggung risiko tersebut....

Untuk berpegang atau mengeluarkan kenyataan seperti ini memerlukan 2 faktor untuk menyokong penyataan “Berani Buat Berani Tanggung” agar kenyatan yang kita buat ini tidak diketawakan atau dimanipulasikan oleh seseorang yang berniat songsang untuk mengenakan kita secara langsung atau tidak langsung atas kemegahan kita pada frasa “Berani Buat Berani Tanggung”...

Faktor pertama adalah kita boleh lah membezakan antara baik dan buruk, benar atau tipu, kejujuran atau pengkhianatan... faktor ini penting kerana dari sini kita boleh menilai sesuatu perbuatan yang kita lakukan tu berasas atau tidak atau merugikan diri kita sendiri.. Pengalaman yang ada patutlah dibuat sebagai pengajaran..

Faktor kedua yang perlu untuk menyokong kenyataan ini adalah kemampuan kita membuat keputusan... faktor ini amat penting kerana setiap perkara yang kita lakukan kita perlu bertanggungjawab dengan andaian setiap maklumat kita telah menganalisanya dengan sebaik-baiknya sebelum kita melakukannya dan dapat menjangkakan apa yang perlu kita lakukan atas kesan daripada perbuatan kita.. Ini kerana faktor ini yang menentukan sama ada apa yang kita buat tu adakah mampu atau tidak kita tanggung risikonya...”


Ntah lah... ramai orang mengeluarkan kata2 ini... aku tanya betul ke berani buat berani tanggung... sbb bagi apa yg aku belajar.. orng yg berani buat berani tanggung tidak akan gelisah atau pun serabut dengan apa yang dia lakukan... bermakna dia mengetahui apa yg dia lakukan... bagi anda yg di luar sana mengatakan bahawa anda berani buat berani tanggung... renung2kan lah ok...

Salam

No comments: